Lebih 14 juta dos vaksin Covid-19 diberikan sehingga semalam

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini melaporkan sehingga semalam lebih 14 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak program imunisasi peringkat kebangsaan dilancarkan pada Februari lalu.

Dalam kenyataan hari ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata semalam sahaja 380,440 dos suntikan diberikan membabitkan 243,830 penerima dos pertama dan 126,610 dos kedua.

Jumlah tertinggi pemberian dos harian direkodkan Khamis lalu dengan 460,158 suntikan.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah pemberian vaksin di seluruh negara kini 14,002,324 dos suntikan.

Lima negeri merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi semalam membabitkan Selangor sebanyak 101,661 dos suntikan dengan 75,881 penerima dos pertama dan 25,780 penerima lagi melengkapkan dos kedua masing-masing.

Negeri lain yang merekodkan jumlah tertinggi ialah Sarawak membabitkan 64,573 dos (23,065 pertama dan 41,508 kedua); Kuala Lumpur (64,097 – 40,748 pertama dan 23,349 kedua); Johor (22,190 dos – 18,943 pertama dan 3,247 kedua); dan Sabah (20,697 dos – 12,375 pertama dan 8,322 kedua).

Secara keseluruhan sehingga semalam, lima negeri merekodkan pemberian vaksin tertinggi di mana Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) mencatat pemberian paling tinggi sebanyak 4,933,859 dos membabitkan 3,752,686 dos suntikan pertama dan 1,181,173 dos kedua.

Ini diikuti Sarawak dengan 2,405,308 dos membabitkan 1,545,402 dos pertama dan 859,906 dos kedua; Johor (1,033,739 dos – 658,820 pertama dan 374,919 kedua); Perak (856,175 dos – 559,242 pertama dan 296,933 kedua); dan Sabah (833,216 dos – 475,084 pertama dan 358,132 kedua).

BERITA BERKAIT
POPULAR