Lebih 12.92 juta terima dos penggalak

Lebih 64.61 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jumlah itu, 25,728,912 atau 78.8 peratus populasi Malaysia berusia 12 tahin dan ke atas telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Manakala, 26,161,500 atau 80.1 peratus lagi populasi negara berusia lima tahun dan ke atas, menerima sekurang-kurangnya satu dos.

KKM memaklumkan sejak 13 Oktober tahun lalu hingga semalam, seramai 12,926,703 atau 55.2 peratus individu dewasa telah menerima dos penggalak.

Seramai 22,934,496 atau 98.0 peratus populasi dewasa juga telah lengkap divaksinasi, manakala 23,210,020 atau 99.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi PICK Remaja pula, seramai 5,666,503 daripada golongan itu yang berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima vaksin masing-masing.

Daripada jumlah itu, 2,794,416 atau 88.8 peratus daripadanya telah lengkap divaksinasi, manakala 2,872,087 atau 91.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi PICK Kanak-Kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sehingga semalam seramai 79,393 atau 2.2 peratus telah menerima suntikan dos pertama.

BERITA BERKAIT
POPULAR