Lebih 11.366 juta dos vaksin sudah diberikan sehingga semalam

July 12, 2021 · Isu semasa

Sehingga semalam sebanyak 11,366,710 dos suntikan vaksin Covid-19 sudah diberikan sejak Program Iminisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 7,840,034 suntikan membabitkan dos pertama dan 3,526,676 dos kedua.

Menurut data dikeluarkan Jawanatkuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), tiga negeri merekodkan jumlah tertinggi pemberian suntikan kedua-dua dos ialah Selangor sebanyak 1,995,053 dos, disusuli Sarawak (1,940,364 dos) dan Kuala Lumpur (1,757,576 dos).

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi hantaran Twitter hari ini berkata, semalam sahaja 291,217 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan di seluruh negara.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 50,607 orang, disusuli Kuala Lumpur (29,420) Sarawak (20,246), Negeri Sembilan (17,732) dan Perak (14,010).

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia menghampiri sasaran mencapai imuniti kelompok selepas kadar vaksinasi harian di Malaysia yang kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia.

“Vaksinasi harian (Malaysia) juga kebelakangan ini mencatat sejumlah 250,000 dos suntikan sehari secara konsisten, dan disasarkan 300,000 dos suntikan sehari, mulai bulan ini,” katanya.

Semalam 324,745 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok