Lebih 1,000 pasport dibakar jika tak dituntut dalam 90 hari: KP Imigresen

September 17, 2022 · Isu semasa

Jabatan Imigresen akan melupuskan kira-kira 1,000 pasport jika ia masih tidak dituntut sehingga akhir bulan ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Memetik laporan The Star beliau berkata pasport Malaysia adalah yang ke-12 paling berkuasa di dunia dan dokumen keselamatan yang tinggi dan terpaksa dilupuskan tidak lama lagi, setelah dibiarkan tidak diambil selama 90 hari.

“Disebabkan itu, kita perlu melupuskan pasport yang tidak diambil untuk mengelakkan mereka daripada disalahgunakan atau jatuh ke tangan yang salah,” Khairul Dzaimee dipetik sebagai berkata.

The Star juga melaporkan terdapat kira-kira 6,000 lagi pasport yang tidak dituntut yang akan dilupuskan sebaik dokumen perjalanan mencapai tarikh akhir 90 hari.

Menurutnya pegawai Imigresen perlu melaksanakan tugas tambahan dalam memanggil pemohon pasport mengambil dokumen perjalanan mereka dan ramai di antaranya memberi alasan “mengelirukan” berhubung punca kelewatan mereka mengambilnya.

“Kebanyakan daripada mereka memberi alasan tidak mempunyai masa untuk mengambil pasport, atau mereka tidak sedar ianya sedia untuk diambil.

“Alasannya agak membingungkan memandangkan rakyat Malaysia telah pergi ke pejabat Imigresen untuk membuat pasport,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya menyemak status permohonan pasport mereka di laman web Imigresen jika mereka tidak menerima pemberitahuan e-mel.

Beliau berkata pemohon juga boleh terus ke pejabat Imigresen selepas tiga hari bekerja.

Menurutnya mereka yang gagal mengambil pasport sebelum dilupuskan perlu memohon semula dan membayar yuran RM200 lagi.

Khairul Dzaimee berkata Jabatan Imigresen perlu memohon kepada Arkib Negara bagi melupuskan pasport yang tidak diambil.

“Kelulusan itu akan disertakan dengan garis panduan mengenai kaedah pelupusan, termasuk dengan membakar atau mencarik dokumen,” katanya.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris itu, Jabatan Imigresen mengeluarkan sejumlah 1,374,091 pasport antara Januari dan Ogos tahun ini.

Berita berkaitan
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Tidak pernah ada menteri ‘rempuh’ kementerian lain
July 4, 2023· Isu semasa
Sengaja lempar tuduhan, alih perhatian dari isu utama : Cuepacs
July 4, 2023· Isu semasa
Imigresen siasat kes menteri buat kecoh di KLIA
June 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok