Lebih 10 juta dos vaksin sudah diberi

Jumlah pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia yang terus meningkat dari sehari ke sehari membuktikan keprihatinan kerajaan dalam usaha mencapai imuniti kelompok dan memerangi pandemik Covid-19.

Berdasarkan angka yang diberikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini sehingga 7 Julai 2021 sebanyak 10,036,361 dos vaksin telah diberikan kepada orang ramai.

Malah dalam tempoh sehari sahaja iaitu semalam, jumlah pemberian vaksin mencatat rekod tertinggi apabila 375,842 dos telah diberikan, katanya.

Menerusi hantaran di Twitternya, beliau berkata seramai 3,036,807 penerima daripada 6,999,554 individu telah melengkapkan kedua-dua dos, manakala selebihnya menerima dos pertama.

Beliau turut memaklumkan Selangor terus merekodkan pemberian dos pertama dan kedua tertinggi semalam berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 49,645 bagi dos pertama dan 30,964 dos kedua.

Di Kuala Lumpur pula sejumlah 35,168 individu telah menerima dos pertama dan dos kedua (20,784); Sarawak (29,137 pertama dan 43,834 kedua); Perak (20,264 pertama dan 2,594 kedua) dan Negeri Sembilan (17,324 pertama dan 5,545 kedua).

Data 7 Julai 2021

BERITA BERKAIT
POPULAR