Lebih 10.7 juta populasi Malaysia lengkapkan dua dos vaksin

Sebanyak 32.9 peratus atau 10,734,415 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata 17,076,440 orang atau 52.3 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 27,810,855 dos.

Dengan ini, sebanyak 72.9 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama, manakala 45.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, setakat semalam.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 415,875 dos semalam dengan 143,671 adalah dos pertama manakala 272,204 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

BERITA BERKAIT
POPULAR