Lebih 1.7 juta pesakit Covid-19 sembuh

September 11, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 86.7 peratus atau 1,700,733 pesakit daripada 1,960,500 kumulatif kes positif sejak virus Covid-19 mula menular di negara ini sehingga hari ini, dilaporkan sembuh.

Angka ini dicapai setelah 21,771 lagi pesakit Covid-19 disahkan sembuh, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan seramai 1,247 pesakit berkaitan Covid-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selain memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya daripada jumlah itu, 936 pesakit disahkan positif, manakala 311 pesakit lagi dikategorikan sebagai disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Daripada 667 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula, 453 adalah pesakit disahkan dijangkiti Covid-19, dan 214 dikategorikan sebagai disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Menurutnya, dalam tempoh itu juga KKM mengesan 28 kluster baharu menjadikan keseluruhannya 5,087 dengan 3,641 kluster telah ditamatkan dan 1,446 masih aktif.

Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 19,550 kes baharu dilaporkan diseluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi. Jumlah itu termasuk membabitkan 2,392 pesakit warganegara asing.

Daripada jumlah kes hari ini, 265 atau 1.4 peratus adalah pesakit kategori 3, 4, dan manakala 19,285 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan kepada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok