Lebih 1.31 juta pesakit Covid-19 sembuh setakat hari ini

August 24, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit yang sembuh daripada jangkitan Covid-19 sejak wabak itu melanda negara awal tahun lalu sudah mencapai lebih 1.31 juta atau 82.6 peratus daripada hampir 1.6 juta kes positif yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi 18,613 pesakit disahkan sembuh, sementara 262,713 kes lagi masih aktif.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga 211 pesakit Covid-19, termasuk 24 bukan warganegara Malaysia, meninggal dunia menjadikan kumulatif 14,553 kes kematian.

“Seramai 1,063 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 511 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya sambil menambah 40 kes meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID) turut dilaporkan.

Terdahulu beliau memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu 20,837 jangkitan baharu, termasuk 3,385 bukan warganegara Malaysia, dilaporkan, meningkat berbanding 17,627 kes semalam, dengan semua negeri, kecuali Negeri Sembilan, Terengganu dan Labuan, mencatatkan kenaikan jumlah kes.

Katanya, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 358 kes atau 1.7 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 20,479 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 16,949 kes (81.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Beliau juga memaklumkan berdasarkan data terkini pada 23 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.01.

Katanya negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.26), diikuti oleh Perlis (nilai1.25), dan Sabah (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Dr Noor Hisham juga berkata dalam tempoh itu 34 lagi kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 4,506 kluster dengan 3,060 daripadanya telah ditamatkan, manakala 1,446 kluster masih aktif.

Daripada jumlah kluster itu, 22 membabitkan tempat kerja, komuniti (sembilan), dua kluster kumpulan berisiko tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor, dan satu jangkitan di pusat tahanan yang membabitkan 100 individu di Kangar, Perlis.

Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan masing-masing enam kluster tempat kerja, masing-masing tiga di Kelantan dan Johor, Melaka (dua) dan masing-masing satu di Sabah dan Perak.

Kelantan juga merekodkan empat kluster komuniti, Johor (dua), dan masing-masing satu di Pahang, Sarawak dan Terengganu.

Data 24 Ogos 2021

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
22 jam lalu· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
2 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
3 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
3 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok