[KEMAS KINI] Lebih 1.26 juta pesakit Covid-19 sembuh sehingga hari ini

August 21, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 18,576 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, manakala kes kematian turun sedikit berbanding semalam, selain jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) juga semakin berkurangan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 18,576 pesakit disahkan sembuh, menjadikan kumulatif keseluruhan kepada 1,260,470 kes daripada 1,535,286 kes positif, telah sembuh.

Menurutnya jumlah kematian juga turun sedikit berbanding 233 kes yang dilaporkan semalam kepada 223 kes hari ini, menjadikan kumulatif 13,936 kes kematian.

Kes kematian itu turut membabitkan 24 warganegara asing. Pada masa sama 35 kes kematian sebelum dibawa ke hospital turut dilaporkan.

“Sebanyak 260,880 kes masih aktif. Jumlah pesakit yang dirawat di ICU pula seramai 1,036, turun sedikit berbanding 1,062 kes semalam, manakala 513 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Terdahulu beliau memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam itu turun lebih 1,300 kes kepada 22,262 kes berbanding 23,564 kes yang dicatatkan semalam.

Kes kematian itu turut membabitkan 3,575 warganegara asing.

Daripada 22,262 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 469 kes atau 2.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 21,793 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Secara keseluruhan, 18,374 kes (82.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Dr Noor Hisham turut melaporkan 32 lagi kluster baharu dikesan dalam tempoh itu, menjadikan keseluruhannya 4,418 kluster dengan 1,435 kluster masih aktif.

Daripada jumlah kluster itu 18 membabitkan tempat kerja, komuniti (13) dan satu kluster keagamaan.

Industri Lorong Sungai Puloh di Klang, Selangor mencatat jumlah tertinggi jangkitan tempat kerja membabitkan seramai 208 individu.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
43 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
2 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
3 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok