Lebih 1.22 juta kanak-kanak terima dos pertama vaksin Covid-19

Sebanyak 34.4 peratus atau 1,221,990 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 sejak PICKids dilancarkan pada 3 Februari lepas dengan sela masa lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 50 peratus kanak-kanak di negara ini menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui PICKids sebelum sesi persekolahan bermula minggu depan.

Semalam (Khamis, 17 Mac 2022) seramai 11,739 kanak-kanak menerima dos pertama masing-masing.

Sehingga kini hanya Kelantan mencatat kadar terendah peserta PICKids iaitu sebanyak 9.3 peratus, manakala tertinggi adalah di Sarawak membabitkan 66.7 peratus.

Sementara itu, sejak 24 Februari lalu hingga semalam, seramai 22,940,801 atau 97.5 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksin, manakala 23,216,630 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 15,425,524 atau 65.6 peratus individu dewasa lagi menerima dos penggalak.

Sejak 8 September 2021 hingga semalam pula seramai 2,841,412 atau 91.3 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,940,403 atau 94.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Kerajaan Perikatan Nasional pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam sebanyak lebih 68.37 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 25,782,213 atau 78.9 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 27,379,023 atau 83.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 17 Mac 2022. – Sumber Covidnow KKM

BERITA BERKAIT
POPULAR