Lebih 1.12 juta pesakit Covid-19 sembuh sehingga hari ini

August 14, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 260 pesakit Covid-19, termasuk 65 bukan rakyat Malaysia meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif kematian sebanyak 12,228 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh dan jumlah itu, 68 kes membabitkan kematian sebelum dibawa ke hospital atau dikategorikan sebagai Brought In Dead (BID), termasuk 29 bukan rakyat Malaysia.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga 17,655 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan keseluruhannya 1,128,183 kes berbanding 1,384,353 kes positif sejak awal tahun lalu.

“Sebanyak 243,942 kes lagi masih aktif. Seramai 1,096 pesakit pula masih dirawat di unit rawatan rapi dan 540 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan 20,662 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam itu,termasuk 3,485 membabitkan bukan warganegara Malaysia.

Katanya daripada jumlah kes harian baharu itu 676 kes atau 3.3 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala sebanyak 19,994 kes (96.7 peratus) lagi kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 2,646 kes atau 12.8 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi iaitu dua minggu selepas mendapat dos kedua,” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan 34 kluster baharu dikesan dalam tempoh itu menjadikan keseluruhannya 4,154 kluster dengan 2,846 sudah ditamatkan.

Daripada jumlah itu katanya, 20 kluster membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (12) dan masing-masing satu kumpulan berisiko tinggi di Selangor dan pusat tahanan di Pulau Pinang.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
14 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
2 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
2 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok