Lawatan rasmi PM ke Singapura esok, Najib tak ikut?

November 28, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura esok, 29 Nov, bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata lawatan itu juga adalah sempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Malaysia dan Singapura melalui udara dan sempadan darat.

Menurutnya Ismail Sabri dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob dan bermesyuarat dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong.

“Kedua-dua pemimpin akan berbincang mengenai kerjasama dua hala Malaysia-Singapura, termasuk mengenai peluang-peluang kerjasama baharu, terutama dalam usaha-usaha pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19.

“Kedua-dua Perdana Menteri juga akan saling bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu lapor Bernama.

Wisma Putra berkata lawatan itu akan dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.

Menurutnya Ismail Sabri akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad serta pegawai-pegawai kerajaan daripada kementerian dan agensi yang berkaitan.

Untuk rekod, bekas PM Datuk Seri Najib Razak juga dikembalikan pasportnya bagi tujuan melawat anak perempuannya yang melahirkan anak di republik tersebut.

Bagaimanapun, kesibukan berkempen semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tempoh hari menyebabkan Najib menangguhkan rancangan untuk melawat anaknya tetapi bakal melawat dalam masa terdekat ini.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok