Lawatan kerja Kabinet ke luar negara cecah RM18.6 juta

May 23, 2023 · Isu semasa

Kerajaan sudah membelanjakan RM18.6 juta untuk membiayai 64 lawatan kerja ahli Kabinet ke luar negara bermula Januari hingga April lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan perkara itu dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat bertarikh semalam.

Katanya kesemua lawatan itu mendapat kelulusan jemaah menteri dan 15 lawatan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ahli-ahli Kabinet kerajaan berserta delegasi pegawai kerajaan ke negara-negara luar tertentu bagi membantu kerajaan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi melalui kerjasama perdagangan dan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

“Lawatan kerja ini juga memberi peluang pemimpin kedua-dua negara bertukar pandangan mengenai hala tuju hubungan dua hala selain membincangkan peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan meminta perdana menteri menyatakan perincian senarai jumlah lawatan kerja ke luar negara, perbelanjaan serta negara dilawati oleh ahli-ahli Kabinet kerajaan dari Januari 2023 hingga April 2023,

Selain Jabatan Perdana Menteri, lawatan turut melibatkan Kementerian Luar Negeri (9), Kementerian Dalam Negeri (5) sementara empat kali bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan juga Kementerian Pertahanan manakala Kementerian Pengangkutan; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebanyak tiga kali.

Dalam pada itu dua kali lawatan bagi Kementerian Ekonomi; Kementerian Komunikasi dan Digital; Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan; Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Satu kali lawatan pula bagi Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Kewangan juga Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Namun hari ini, kerajaan enggan mendedahkan kos belanja penerbangan yang sudah digunakan PMX sejak memegang jawatan itu.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
3 minit lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu· Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
June 1, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok