‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’

March 28, 2023 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) membidas penyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang mempertikaikan tindakan ahli Parlimen PN memperbesar-besarkan isu kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi.

Walaupun, usul tergempar dibawa Ahli Parlimen PN Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Parlimen bagi membincangkan kunjungan yang dianggap ‘memalukan Malaysia’ ditolak Speaker Dewan Rakyat, ia tidak terhenti di situ sahaja.

Beberapa soalan yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat juga tidak dijawab sama ada oleh Anwar sendiri atau Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, sebaliknya Kementerian Luar hanya mengeluarkan kenyataan media.

Menjawab kenyataan beberapa pihak yang mempersoalkan kenapa perkara itu mahu ‘dibisingkan’, Wan Ahmad Fayhsal berkata adalah menjadi tugas pembangkang untuk melakukan semak dan imbang terhadap sebarang usaha dilakukan kerajaan PH-BN.

Ketua Armada Bersatu Malaysia itu yang juga Ketua Portfolio Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen PN, turut mempertikaikan penyertaan Menteri Komunikasi dan Digital dalam kunjungan itu, sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak dibawa bersama.

Menurutnya ketika pulang dari lawatan rasmi ke Turkiye, Perdana Menteri bergegas menjelaskannya di Dewan Rakyat tanpa ditanya oleh sesiapa.

“Tapi bila pulang dari Arab Saudi tidak pula bergegas nak laporkan ke Dewan Rakyat. Menteri Luar Negeri senyap langsung.

“Ada tanya kenapa bising?

“Kamu pergi buat lawatan rasmi guna duit rakyat. Bawa Menteri Komunikasi dan Digital entah apa tugasan beliau untuk lawatan ini. Menteri Agama pula ditinggalkan.

“Semua ini persoalan yang saya dan ahli-ahli Parlimen lain ingin tahu agar jawapan sampai kepada rakyat! Ini maksud “accountability”!” katanya dalam kenyataan hari ini (28 Mac 2023), selepas usul beliau ditolak.

Minggu lalu, Anwar bersama rombongannya mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi yang mana mereka gagal bertemu dengan pemerintah “de facto” kerajaan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman, dan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Sejak itu, wakil rakyat PN menuntut penjelasan daripada kerajaan berhubung lawatan berkenaan terutamanya di Dewan Rakyat, yang dianggap boleh menjejaskan hubungan diplomatik dan politik kedua-dua negara.

“Kami faham Speaker Dewan Rakyat adalah lantikan pihak kerajaan tapi janganlah hal kepentingan rakyat yang boleh beri kesan kepada kuota jemaah haji dan penjualan minyak sawit kepada Arab Saudi tidak diberi layanan yang wajar.

“Kemaluan besar dek kegagalan lawatan rasmi ini perlu ada yang dipertanggungjawabkan – Menteri Luar, Pejabat Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri? The buck has to stop somewhere! Jangan berulang kesipuan diplomatik ini kerana melibatkan maruah negara.

“Tugas kami semak dan imbang, benda yang betul kita tidak akan bangkang seperti lawatan ke Kemboja, Thailand, Filipina, Indonesia sebelum ini – semuanya teratur dan baik untuk negara tetapi dalam soal lawatan rasmi ke Arab Saudi – ini masalah yang perlukan penjelasan!,” katanya lagi.

Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak

Berita berkaitan
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu· Isu semasa
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
12 jam lalu· Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
2 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok