Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?

March 26, 2023 · Isu semasa

Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac lalu dianggap satu “blunder” atau kesilapan besar diplomasi antara Malaysia dan Arab Saudi, kata Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu mengingatkan bahawa Arab Saudi sebelum kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) memerintah adalah sekutu utama Malaysia dalam politik antarabangsa.

Menurutnya, penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengenai lawatan itu menjadi petanda ada krisis politik yang melatari lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi adalah benar.

“Macam mana Pejabat Perdana Menteri (PMO) boleh suruh Wisma Putra buat pemakluman media yang ini adalah lawatan rasmi kalau tidak dapat bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi merangkap Perdana Menteri, Putera Mohamed Bin Salman (MBS)?

“Ini jelas adalah satu “blunder” diplomasi antara Malaysia dan Arab Saudi, sekutu utama kita dalam politik antarabangsa.

“Ianya tetap satu tamparan hebat ke atas Malaysia dan kami akan usulkan dalam Dewan Rakyat jawapan sebenar berhubung kegagalan lawatan rasmi ini,” kata Timbalan Ketua Pemuda PN itu dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal meminta penyokong kerajaan belajar daripada lawatan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau melawat Arab Saudi pada 2021.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata terdapat protokol yang perlu ada iaitu Muhyiddin disambut MBS sendiri di lapangan terbang dengan karpet merah, selain kedua-duanya mengadakan pertemuan empat mata di Istana al-Yamamah, Riyadh.

“Antara pengumuman besar dan utama pertemuan Muhyiddin dan MBS, kata Wan Ahmad Fayhsal ialah Malaysia mendapat 10,000 kuota haji tambahan dan kemudahan urusan imigresen buat rakyat kita menunaikan umrah dan haji.

“Manakala Arab Saudi bersetuju di masa hadapan untuk tingkatkan import minyak kelapa sawit Malaysia daripada 318,000 metrik tan berjumlah RM900 juta ke 500,000 metrik tan.

“Muhyiddin turut diberi penghormatan untuk masuk ke dalam Kaabah sepertimana Perdana Menteri Malaysia sebelum-sebelum ini,” katanya sambil menjelaskan apa yang dilakukan Muhyiddin itulah yang dinamakan ‘Lawatan Rasmi Negara’ yang mengeratkan lagi hubungan dan menambahkan manfaat antara kedua-dua negara.

“Dan bukan tak pernah PMX dapat layanan rasmi seperti mana beliau ke Turki, Filipina, Indonesia sebelum ini. Tetapi di Arab Saudi lain pula jadinya. Mengapa jadi begini?”

Berita berkaitan
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu· Isu semasa
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu· Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu· Politik
Kerajaan sedia hadap kritikan media, kata Anwar
May 28, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok