Lawak biar intelek, tidak perlu provokasi

July 18, 2022 · Isu semasa

Baru-baru ini terdapat pasangan yang didakwa melakukan penghinaan terhadap agama Islam dalam satu acara komedi di ibu kota.

Provokasi seorang wanita ketika membuat persembahan lawak disifatkan ramai sebagai satu penghinaan kepada Islam, wani­ta berusia 26 tahun itu direman selama tiga hari bermula 10 Julai lalu.

Satu Malaysia terkejut dengan lawak yang dianggap sensitif dan ‘bodoh’ kerana dia pada mulanya memperkenalkan diri sebagai seorang wanita yang sopan dan bertudung, kemudian tergamak membuka baju, kain serta tudungnya usai memberitahu dirinya seorang Muslim dan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran.

Malah, lokasi insiden tersebut terjadi, Crackhouse Comedy Club yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) turut menerima natijahnya.

Di situ, bermulalah polemik dua bahagian puak. Yang menyokong dan yang menentang keputusan atau tindakan dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menutup sementara premis berkenaan.

Tidak hanya disitu, satu lagi video yang kian tular berhubung seorang lelaki dipercayai pemilik premis komedi berkenaan yang melakukan stand up come­dy dalam bahasa Tamil memerli orang Melayu dan Bumiputera.

Komedi sepatutnya menjadi ruang atau platform manusia tertawa bertepuk tampar dengan aman bukannya menjadi medan bercakaran antara satu sama lain.

Dalam pada itu,  pelawak berpengalaman, pelawak, pelakon dan penyampai radio Fly FM, Douglas Lim mendakwa, tindakan wanita itu sebagai cubaan memberikan imej buruk terhadap industri lawak jenaka tanah air.

Berang perbuatan melampau wanita berkenaan, Douglas mendakwa, insiden itu mempunyai unsur sabotaj.

“Tindakan wanita ini menjejaskan, mencetuskan kemarahan, penghinaan dan kejutan. Apa yang dilakukannya bukan persembahan komediri.

“Saya beranggapan, perbuatannya mempunyai unsur sabotaj dilakukan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya juga ada mendengar, wanita ini pernah membuat jenaka sama di tempat lain,” dakwa Douglas.

Douglas, 45, meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kelab komedi, Crackhouse Comedy Club yang menjadi lokasi insiden kerana terpaksa berdepan ujian seperti itu.

Sementara itu,  pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy  menyifatkan pelawak yang berjenaka dengan isu-isu sensitif adalah tidak kreatif. Seolah geram dengan situasi berlaku, Ogy berkata jika itu adalah anaknya sudah pasti direjamnya.

“Kalau itu anak aku, memang aku dah rejam dah. Orang yang memepersendakan agama dalam berjenaka ini maknanya dia tak kreatif.

“Betul, kreativiti tidak ada had tapi apa sahaja yang menyentuh isu sensitiviti awak jangan sesekali lakukannya. Ia mudah sahaja,” katanya.

Menurut Ogy, sudah menjadi tanggungjawab untuk seorang muslim mempertahankan agama meskipun ada pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut.

Bila perkara itu dah dipaparkan kepada kita, maka tanggungjawab kita untuk bersuara. Saya tak peduli kalau ada artis-artis lain yang nak pertahankan mereka. Itu masalah mereka.

“Sebagai orang Islam saya mesti bersuara bila mereka berkata buruk pada agama saya. Saya tak boleh terima, saya sangat-sangat tak boleh terima itu. Saya akan pertahankan agama dan bangsa saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ogy berkata tindakan yang dilakukan oleh individu tersebut bukan lawak jenaka tetapi biadap serta tidak boleh diterima.

Berita berkaitan
JAWI tak dakwa wanita buat komedi hina Islam hari ini
July 20, 2022· Isu semasa
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
60 minit lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
2 jam lalu · Isu semasa
Malaysia berhasrat belajar dari Thailand halal ganja perubatan
13 jam lalu · Isu semasa
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok