Laporan transaksi mencurigakan meningkat 43 peratus: Bank Negara

March 30, 2022 · Isu semasa

Bilangan Laporan Transaksi yang Mencurigakan (STR) yang dikemukakan oleh institusi pelapor meningkat sebanyak 43 peratus kepada 191,387 pada 2021 daripada tahun sebelumnya, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Merujuk kepada Laporan Tahunan BNM 2021, STR semakin meningkat sekitar 30 peratus setahun, antara tahun 2014 hingga 2021, lapor Bernama.

“Secara khusus, terdapat peningkatan yang ketara dalam STR berkaitan dengan penipuan, apabila penjenayah mengambil kesempatan daripada situasi pandemik untuk mengeksploitasi mangsa melalui penipuan yang berkaitan dengan produk perubatan, peluang pelaburan dan program bantuan kerajaan,” kata BNM.

Katanya, STR mengenai kesalahan cukai juga bertambah, menunjukkan terdapat peningkatan dalam kegiatan pengelakan cukai dan pelaporan pendapatan yang lebih rendah.

Lebih 75 peratus hasil analisis risikan kewangan yang dikemukakan oleh Unit Perisikan Kewangan (FIU) kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang (LEA) dan FIU asing pada tahun 2021 adalah berkaitan jenayah berisiko tinggi.

Risikan kewangan yang dikemukakan itu membantu siasatan yang menghasilkan lebih 70 tangkapan yang melibatkan aktiviti rasuah, jenayah terancang, penyeludupan, eksploitasi seksual kanak-kanak dan pengubahan wang haram.

“Perkongsian maklumat risikan ini juga menyumbang kepada pembekuan dan penyitaan hasil jenayah yang bernilai lebih daripada RM136 juta, pemulihan hasil lebih daripada RM255 juta serta menyokong tindakan pencegahan terhadap aktiviti keganasan dan pembiayaan keganasan,” menurut BNM.

Sementara itu, sejak dua dekad penubuhannya, Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram (NCC) meluluskan Pelan Hala Tuju NCC 2021-2023 yang berlandaskan Pelan Strategik Kebangsaan 2015- 2020.

Pelan Hala Tuju NCC merangkumi lima bidang strategik, iaitu perundangan, pengawalseliaan dan penyelarasan, risiko, langkah-langkah pencegahan, bina upaya dan kesedaran, serta penguatkuasaan.

“Bidang tanggungjawab utama dan pelan tindakan khusus agensi dan jawatankuasa kecil yang berkaitan kemudiannya diselaraskan dengan pelan hala tuju yang baharu,” katanya.

Pelan Hala Tuju NCC memasukkan saranan daripada Penilaian Risiko Negara Mengenai Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2020 baru-baru ini dan pelan itu merupakan penilaian di seluruh negara mengenai dedahan Malaysia terhadap jenayah berisiko tinggi dan kelemahan sektoral.

Berita berkaitan
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
September 20, 2023· Isu semasa
Kes penipuan dalam talian meningkat di Johor, jumlah kerugian lebih RM71 juta
September 17, 2023· Isu semasa
Lebih RM1 juta masuk akaun Rosmah antara 2014-2017: Saksi
August 24, 2023· Isu semasa
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok