Laporan supaya SPRM siasat MB Kedah agenda ganggu-gugat projek KXP

September 11, 2021 · Isu semasa

Laporan ahli PKR, Indrani Selvakumar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan dibuat terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, sebenarnya adalah sebahagian daripada agenda menganggu-gugat pelaksanaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Zulkifli Yahaya mendedahkan tindakan itu adalah rentetan daripada beberapa bantahan yang dibuat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini yang bimbang Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mereka terjejas.

Laporan yang dibuat ahli PKR itu menurutnya, menampakkan seolah-olah ada agenda tersirat mengapa projek pembinaan lapangan terbang itu sentiasa diganggu gugat.

“Awal bulan lalu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mendesak Kedah menangguhkan pembinaan lapangan terbang terbabit. Alasannya, sekarang rakyat menderita kerana tiada pekerjaan dan makanan.

“Kira-kira dua minggu selepas itu, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pula mengeluarkan amaran bahawa projek KXP, mungkin boleh menjejaskan bekalan air di Pulau Pinang.

“MCA Pulau Pinang juga turut bermain ‘wayang tongkoi’ mendesak kerajaan DAP membantah projek KXP. Alasan dan tindakan saja berbeza, namun mereka silih berganti menjadikan KXP sebagai sasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menjelaskan sebenarnya KXP memberi cabaran terhadap Pulau Pinang dari segi nisbah KDNK negeri itu.

Katanya, Kedah muncul sebagai negeri paling rendah KDNK, malah lebih rendah daripada Perlis, sedangkan Negeri Jelapang Padi itu mempunyai kawasan industri mega Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dengan penghasilan produk ke serata dunia.

Tetapi, katanya, disebabkan Kedah terpaksa menggunakan pengangkutan kargo di Pulau Pinang, maka KDNK Kedah dinisbahkan kepada sebagai KDNK Pulau Pinang.

“KDNK menjadi antara kriteria jumlah geran Persekutuan terhadap negeri kerana sumbangan yang dibuat oleh negeri terhadap hasil dalam negara. Malang bagi Kedah yang mendapat bajet kecil kerana rendah KDNK,” katanya.

Kelmarin, Indrani mendakwa Muhammad Sanusi menganugerahkan projek membangunkan KXP kepada sebuah syarikat yang dikatakan masih dalam siasatan SPRM.

Dia mendakwa syarikat itu disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata syarikat yang dimaksudkan ialah ECK Group of Companies yang sememangnya pernah disiasat oleh SPRM sebelum ini, tetapi disahkan tidak berlaku sebarang tohmahan.

“Memang benar siasatan pernah dibuat terhadap ECK Development. (Tetapi) Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki dalam surat bertarikh November 2020 kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang mengesahkan bahawa, hasil semakan mendapati tiada tohmahan dan maklumat yang disiasat berkaitan dengan syarikat tersebut. Dengan maksud yang mudahnya ialah, tiada kes,” katanya.

Beliau menjelaskan KXP adalah projek diilhamkan ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kerajaan BN Kedah, dan Muhammad Sanusi hanya menyambung idea yang telah dimulakan dengan melakukan gerak kerja lebih serius.

“Prinsip yang dipegang oleh kerajaan pimpinan Sanusi ialah, semua projek-projek kerajaan terdahulu yang memberi manfaat untuk rakyat diteruskan. Tiada dendam politik. Sekali pun KXP adalah projek mega yang terbaik untuk menjana ekonomi Kedah, namun Mukhriz dahulu mempunyai kekangan dalam pelaksanaan.

“Bukan mudah untuk mendapatkan dana yang besar dari kerajaan Pusat yang dipimpin oleh bapanya yang sangat berkira soal wang. Tidak mudah juga untuk mendapat restu dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya.

Zulkifli juga memaklumkan bahawa ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar, syarikat yang sama juga diberi kebenaran menanam durian Musang King di atas 20 peratus daripada bekas kawasan pembalakan di Gunung Inas, Baling, iaitu selepas tahun 2017.

“Mengapa ahli PKR itu atau mana-mana pihak tidak membuat laporan SPRM terhadap Mukhriz? Situasinya sama, serah projek kepada syarikat yang pernah disiasat pada tahun 2017,” soal beliau.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok