Laporan SPRM dibuat ahli PKR terhadap calon Ketua Cabang Tambun

May 17, 2022 · Isu semasa

Seorang calon Ketua Cabang PKR Tambun didakwa terlibat dalam salah guna dana kutipan orang awam dan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah dibuat oleh seorang ahli parti itu.

Laporan itu dibuat oleh ahli PKR Tambun, Mahanim Abdul Hamid yang di Pejabat SPRM Perak hari ini bagi mendesak kertas siasatan dibuka terhadap individu berkenaan.

Mahanim mendakwa individu itu secara terang menyalahgunakan dana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi kegunaan peribadi menjelang pemilihan parti berkenaan yang sedang berjalan ketika ini.

Katanya, kutipan dana NGO tersebut merupakan derma daripada orang awam bagi tujuan membantu madrasah, pelarian dan orang Islam yang memerlukan namun ia disalahgunakan.

“Saya difahamkan individu itu menggunakan dana tersebut untuk kepentingan diri sebagai calon Ketua Cabang Tambun menjelang pemilihan parti.

“Perkara ini dimaklumkan oleh individu itu sendiri kepada saya dalam pertemuan tiga minggu lalu yang mana beliau memberi wang untuk perbelanjaan pemilihan bagi tujuan memenangkan beliau sebagai Ketua Cabang Tambun,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Mahanim berkata, individu berkenaan bukan hanya menyeleweng dana sebuah NGO yang diuruskannya malah turut melakukan perkara sama kepada beberapa NGO lain yang dia turut terlibat.

Ditanya jumlah wang yang disalahgunakan individu berkenaan, Mahanim berkata, ia melibatkan jumlah yang besar sehingga mencecah ratusan ribu ringgit namun beliau mengakui tidak boleh memaklumkan jumlah yang tepat.

“Saya berharap SPRM menyiasat perkara ini kerana kita tidak mahu ada salah guna dana yang dikutip daripada orang awam untuk membantu orang awam tetapi digunakan atas kepentingan peribadi bertanding sebagai ketua cabang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pesuruhjaya Kehakiman larang pihak luar buat kenyataan kes rasuah Syed Saddiq
July 4, 2022· Isu semasa
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
July 3, 2022· Politik
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
July 3, 2022· Politik
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022· Politik
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022
Baling bah: Tiada aktiviti pembalakan di Gunung Inas
July 5, 2022
Saksi kata Syed Saddiq arah agih wang ketika SPRM sedang siasat
July 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit susut berbanding dolar AS
20 minit lalu · Isu semasa
PM arah bantuan bencana segera dihantar ke Baling
3 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Wanita didakwa buat hantaran gambar lucah di Twitter
4 jam lalu · Isu semasa
MB Johor beri keterangan kepada PAC berhubung isu tanah MINDEF
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Banjir di Baling, penduduk dakwa jadi mangsa Projek Musang King
8 jam lalu
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok