Laporan polis dibuat setelah deraf penghakiman kes Najib bocor

August 23, 2022 · Isu semasa

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) telah membuat laporan polis berhubung dokumen yang disiarkan portal Malaysia Today berkaitan penghakiman kes Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan petang tadi, PKPMP merujuk kepada satu laporan yang disiarkan portal itu hari ini (23 Ogos 2022) bertajuk “Najib’s Razak SRC Appeal: The Judgement” yang mengandungi deraf kerja yang belum dimuktamadkan serta dokumen bocor yang telah diubah suai.

“Pejabat ini mendapati penghakiman yang disiarkan oleh portal tersebut merupakan suatu deraf kerja bagi penghakiman dalam tiga rayuan berhubung dengan kes Dato’ Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak v PP yang telah bocor kepada pihak media.

“Pejabat ini mengesahkan bahawa deraf kerja penghakiman yang telah bocor itu merupakan deraf kerja yang belum dimuktamadkan.

“Penghakiman muktamad hanya disampaikan di Mahkamah Terbuka pada lebih kurang jam 4 petang pada tarikh yang sama,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan perbuatan membocorkan deraf kerja merupakan suatu tindakan sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan.

“Badan Kehakiman tidak akan diganggu-gugat oleh perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menjejaskan integriti sistem kehakiman negara,” katanya.

Terdahulu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim itu, ketika membacakan penghakimannya berkata tiada isu baharu yang diketengahkan dalam rayuan dikemukakan Najib dalam kesnya kerana ia melibatkan penemuan fakta dan penyelesaian perundangan terdahulu.

Menurut Tengku Maimun pasukan pembelaan Najib sudah diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi pihak bekas perdana menteri itu, tetapi enggan berbuat demikian.

Katanya pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali betul semasa membuat keputusan prima facie ke atas Najib dan mengarahkannya membela diri bagi tujuh pertuduhan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan dana bernilai bernilai RM42 juta.

Oleh itu rayuan ini ditolak sebulat suara dan sabitan dan hukuman dikekalkan, katanya.

Najib kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Berita berkaitan
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
June 8, 2023· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023· Politik
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok