Laporan petik Wan Junaidi kata Agong perkenan tiada undi percaya

September 7, 2021 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilapor memberitahu bahawa Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya undi percaya terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, tidak dilaksanakan.

Memetik laporan Mkini dan FMT, Wan Junaidi memberitahu demikian pada sidang media di Putrajaya hari ini.

“Perlembagaan Persekutuan telah beri kuasa besar kepada Agong untuk lantik perdana menteri yang diyakininya mempunyai sokongan majoriti dan ketika itu, 114 Ahli Parlimen menyokong (Ismail Sabri).

“Ini bukan anggapan lagi, (Ahli Parlimen) memang mengadap Agong (untuk menyatakan sokongan). Jadi dalam masa singkat, saya tidak lihat mereka mengubah pendirian.

“Jika tempoh masa enam atau tujuh bulan, mungkin ada yang ubah fikiran. Jadi berdasarkan ini, Agong berkenan undi percaya tak perlu diadakan,” katanya dipetik dari Mkini.

Menurut laporan itu beliau mendapat tahu perkara berkenaan setelah diberitahu sendiri oleh Perdana Menteri kepadanya ketika mesyuarat Kabinet pertama sebelum ini.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan bahawa Perdana Menteri yang bakal dilantik hendaklah mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat secepat mungkin untuk mengabsahkan kedudukannya mendapat kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM kesembilan pada 21 Ogos.

Ketiadaan usul undi percaya terhadap Ismail Sabri juga disahkan apabila ianya tidak ada dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bersidang mulai 13 September ini.

Demikian juga tiada usul untuk mengosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Berdasarkan kertas aturan mesyuarat, agenda pertama ialah membahas titah Yang di-Pertuan Agong disusuli memilih Timbalan Speaker Parlimen.

Usul Menteri Dalam Negeri menyusul selepas itu diikuti usul enjunjung titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun.

Kerajaan juga akan membentangkan lima rang undang-undang(RUU) untuk bacaan kedua, termasuk Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Najib tiba-tiba dirawat di HKL? Ada apa-apa ke?
November 30, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
24 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok