Laporan petik Ka Siong dedah pengimport telur guna nama PMO

March 15, 2023 · Isu semasa

Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) Datuk Seri Wee Ka Siong, hari ini mendedahkan dihubungi pengimport telur ayam yang meminta beliau memperbetulkan kenyataannya di Dewan Rakyat.

Portal MalaysiaKini memetik pengimport telur ayam dari India, Deepak Jaikishan sebagai individu yang dikatakan telah menghubungi bekas Menteri Pengangkutan itu.

Portal berkenaan memetik Ka Siong sebagai berkata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan menghubunginya dan mendakwa telah mencapai persetujuan dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) supaya beliau memperbetulkan kenyataannya berhubung isu import telur ayam dari India.

“Saya kata apa ni? Apa yang berlaku ialah, dato speaker, apabila saya kata saya tak sebut nama syarikat kamu, tak sebut nama kamu, kenapa nak buat macam tu?

“Dia (Deepak) kata you kena buat satu statement untuk membetulkan apa (kenyataan) di Parlimen,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini (Rabu, 15 Mac 2023).

MalaysiaKini berkata meskipun dalam perbahasannya Ka Siong tidak menyebut nama penuh Deepak, tetapi portal berkenaan kemudian meminta pengesahan sama ada individu yang dimaksudkannya itu merupakan Deepak Jaikishnan.

Deepak merupakan peniaga permaidani dan kenalan rapat bekas perdana menteri, Najib Razak serta isterinya Rosmah Mansor, sebelum kemudiannya lantang mengkritik pasangan itu, kata laporan itu.

Ka Siong, baru-baru ini diancam tindakan saman daripada pengimport telur terbabit susulan ucapannya dalam Dewan Rakyat pada penghujung Februari lalu.

Susulan itu, beliau menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, meminta pandangan beliau berhubung ucapan di Dewan Rakyat.

Johari kemudian mengeluarkan surat menyatakan bahawa apa-apa ucapan dibuat oleh Ahli Parlimen dalam mesyuarat Majlis Parlimen terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Apa-apa ucapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen dalam mesyuarat Majlis Parlimen adalah terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tiada prosiding di mana-mana mahkamah boleh diambil terhadap Ahli Parlimen berhubung apa-apa jua yang dikatakan olehnya semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Majlis Parlimen tertakluk Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, kata Johari.

Berita berkaitan
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Deepak digesa buat laporan polis atau Wee akan buat laporan sendiri
March 18, 2023· Politik
Gambar tular dengan Mat Sabu, Saravanan sahkan gambar asli
March 13, 2023· Isu semasa
Selepas Presiden MCA disaman, kini Azmin diberi amaran pengimport telur
March 13, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok