Laporan penuh siasatan kes Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan

August 31, 2022 · Isu semasa

Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia berikutan kerajaan telah menerima laporan penuh berkenaan daripada jawatankuasa yang memulakan proses siasatan sejak 21 Dis tahun lepas itu, semalam, lapor Bernama.

“Laporan Jawatankuasa Khas ini disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum 31 Ogos 2022.

“Laporan yang disediakan ini telah mengambil kira pelbagai perspektif dan pandangan daripada pakar-pakar yang dilantik dan wakil kementerian, jabatan serta agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas berkenaan berkata Jawatankuasa Khas itu telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengenal pasti punca kematian termasuklah sesi temu bual saksi-saksi kes dan sesi penelitian dokumen-dokumen siasatan di War Room Jawatankuasa yang diadakan hampir setiap minggu.

Selain itu Wan Junaidi berkata Sesi Rekonstruksi Kejadian juga telah diadakan dengan semua agensi berkaitan bertujuan untuk membuat simulasi kejadian berdasarkan kepada rakaman litar tertutup (CCTV), rakaman-rakaman video serta keterangan daripada saksi-saksi kejadian.

“Adalah menjadi harapan kerajaan, agar laporan ini dapat menjawab persoalan orang ramai berhubung insiden ini.

“Kerajaan juga berharap agar laporan ini dapat dijadikan panduan bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang di masa hadapan,” katanya.

Pada 9 Okt tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya berhubung kes kematian Muhammad Adib.

Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia pada 17 Dis 2018, selepas berjuang untuk hidup selama 21 hari.

Allahyarham dikatakan diserang serta dipukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar dalam rusuhan yang berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil berusia lebih 100 tahun itu.

Prosiding inkues bagi menyiasat kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad berlangsung selama 41 hari dan berakhir 24 Julai 2019. Seramai 30 saksi dipanggil dan 137 bahan bukti dikemukakan.

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali.

Berita berkaitan
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Pempengaruh difitnah penyokong PH berhubung isu IC buat laporan polis
August 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
18 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
18 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
21 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok