Laporan penuh banjir Baling dibentang pada 4 Ogos

July 30, 2022 · Isu semasa

Kerajaan akan membentangkan laporan penuh berkaitan kejadian banjir di Baling, Kedah baru-baru ini di Parlimen pada 4 Ogos ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata ketika ini laporan tersebut di peringkat akhir kerana setiap laporan akan dikumpulkan terlebih dahulu memandangkan KeTSA mengetuai agensi-agensi berkaitan menjalankan siasatan berhubung kejadian banjir di Baling, Kedah baru-baru ini, menurut laporan Bernama.

“Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kota Bharu kali ke-55, hari ini.

Sementara itu ketika ditanya desakan penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu projek musang king dihentikan, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata ia bergantung kepada kerajaan negeri.

“Apa sahaja urusan dengan penguasa musang king adalah urusan kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat kerana saya difahamkan, kerajaan negeri Kedah mahu teruskan bagi kawasan yang sudah ditanam dan kawasan yang belum pula akan ditanam dengan pokok lain,” katanya.

Banjir di Baling pada 4 Julai lepas menjejaskan 41 kawasan dan mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil berusia 23 tahun.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permohonan rayuan peguam Najib gantung saman LHDN RM9.41 juta pada 16 Jun
February 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
19 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
20 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok