Laporan nahas LRT ke Kabinet esok

June 8, 2021 · Isu semasa

Laporan siasatan kemalangan membabitkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada 24 Mei lalu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, Ka Siong berkata laporan itu disediakan oleh Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada sembilan anggota diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.

“Saya telah menerima laporan daripada Jawatankuasa Siasatan mengenai insiden pelanggaran LRT Kelana Jaya yang berlaku pada 24 Mei 2021 dan satu sesi pembentangan laporan secara maya telah disampaikan oleh Jawatankuasa Siasatan kepada saya,” katanya.

Ka Siong yang berpuas hati dengan hasil laporan itu turut menyatakan bahawa ia dibuat secara profesional, komprehensif dalam perinciannya serta diselesaikan dalam tempoh 14 hari yang diberikan kepada jawatankuasa itu.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Jawatankuasa Siasatan atas usaha keras beberapa hari ini, bertungkus-lumus siang malam termasuk turun padang ke Pusat Kawalan Operasi (OCC) LRT Kelana Jaya, membuat sesi simulasi di tempat kejadian, temu siasat serta meneliti dokumen-dokumen panduan operasi berkaitan,” katanya.

Kemalangan pada jam 8.33 malam 24 Mei lalu mengakibatkan sebuah tren tanpa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 penumpang dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan stesen LRT KLCC.

Berkongsi mengenai isi kandungan laporan yang sedang diteliti itu, Ka Siong berkata terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan keselamatan serta prosedur operasi standard (SOP) tren Rapid Rail.

“Bukan setakat meningkatkan mutu perkhidmatan Rapid Rail, tetapi penemuan dan cadangan ini juga akan dapat meningkatkan infrastruktur perkhidmatan kereta api Malaysia untuk jangka panjang,” katanya.

Berita berkaitan
Bayi termasuk empat individu maut dalam kemalangan di Kemaman
April 24, 2023· Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
March 31, 2023· Isu semasa
Deepak digesa buat laporan polis atau Wee akan buat laporan sendiri
March 18, 2023· Politik
Selepas Presiden MCA disaman, kini Azmin diberi amaran pengimport telur
March 13, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok