Laporan isu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan siap

August 30, 2022 · Isu semasa

Laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan depan, sebagaimana keputusan Jemaah Menteri pada 29 Okt tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata laporan setebal 500 muka surat itu telah diterimanya daripada Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Katanya penyerahan laporan berkenaan turut disaksikan pegawai-pegawai kanan kementerian dan jabatan berkepentingan antaranya Kementerian Luar Negeri, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamatan Negara.

“Laporan akhir itu merupakan suatu laporan yang bersifat bebas (independent) berasaskan pandangan dan pendapat pakar hasil analisis, penelitian dan pemerhatian Pasukan Petugas Khas sepanjang hampir sembilan bulan tempoh pelaksanaan iaitu mulai 9 November 2021 hingga 30 Ogos 2022.

“Syor opsyen-opsyen terbaik kerajaan mengenai hala tuju berhubung kes berkenaan yang dijelaskan melalui laporan khas ini adalah susulan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran di International Court of Justice (ICJ), The Hague Belanda pada tahun 2018 terhadap keputusan penghakiman ICJ pada tahun 2008,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata pelaksanaan Pasukan Petugas Khas merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan.

“Lanjutan daripada ini, syor-syor Pasukan Petugas Khas akan diteliti secara mendalam dan terperinci dari semua aspek agar sebarang tindakan susulan Kerajaan berkaitan isu ini memberikan impak yang positif kepada negara,” katanya.

Terdahulu beliau berkata laporan akhir berkenaan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemantauan yang dipengerusikannya setelah dimuktamadkan pada 22 Ogos lepas. – Bernama

Berita berkaitan
RUU sumbangan dana politik dijangka bentang Nov ini: Wan Junaidi
September 24, 2022· Isu semasa
Kerajaan kaji implikasi asing kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya
September 4, 2022· Isu semasa
Maklumkan kepada kepada pihak berkuasa lokasi Jho Low: Hamzah
September 1, 2022· Isu semasa
Laporan penuh siasatan kes Adib dibawa ke Kabinet bulan hadapan
August 31, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
9 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
10 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok