Laporan ekonomi Bank Dunia: Covid tak halang pertumbuhan Malaysia

Laporan Pemantau Ekonomi Bank Dunia mengenai Malaysia diterbitkan semalam.

Ekonomi Malaysia diunjurkan tumbuh 4.5 peratus tahun ini di sebalik cabaran penularan pandemik Covid-19 yang ketara bermula pertengahan April lalu, seiring dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 5.6 peratus, lapor pemantau ekonomi Bank Dunia

Namun, lonjakan jangkitan baru-baru ini memberi sedikit kebimbangan mengenai keupayaan keseluruhan sistem kesihatan Malaysia dan kesan daripada kitaran yang berterusan untuk membuka dan menutup ekonomi kepada isi rumah dan swasta, kata Bank Dunia.

Dalam laporan ‘World Bank Malaysia Economic Monitor: Weathering the Surge’ yang dilancarkan semalam Bank Dunia berkata, unjuran terbaharu itu lebih rendah daripada ramalan awal pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus, namun tetap menunjukkan peningkatan.

Menurut laporan itu Malaysia mesti memberi tumpuan kepada keberkesanan pengurusan pandemik Covid-19 yang berterusan supaya dapat memberi kesan terbaik kepada rakyat, isi rumah, dan syarikat.

“Melindungi nyawa dan kesihatan rakyat – dan dengan itu mencegah kerosakan kepada sistem kesihatan negara – sangat penting untuk memastikan kegiatan ekonomi yang selamat disambung semula selain dapat mencegah kemerosotan ekonomi yang berterusan,” kata laporan itu.

Laporan itu turut memetik kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin bahawa kerajaan menerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin akan menggunakan semua sumber yang ada untuk mencapai matlamat vaksinasi negara.

Di sebalik cabaran yang dicetuskan oleh pandemik ini, keadaan ekonomi luaran bertambah baik – membantu mempermudahkan pemulihan ekonomi Malaysia, kata Bank Dunia.

Bank Dunia berkata kadar pertumbuhan eksport barang dan perkhidmatan Malaysia diunjurkan melonjak semula kepada 13.1 peratus pada tahun 2021 (-8.9 peratus pada 2020), ketika permintaan global turut meningkat.

Pertumbuhan import dijangkakan meningkat 13.6 persen (2020: -8.4 persen), susulan momentum dalam peningkatan eksport dan pelaburan, kata laporan itu.

Laporan itu turut memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Walaupun fokus utama kerajaan sekarang adalah untuk menangani pandemi, ia tidak akan menghentikan usaha untuk memulihkan kembali daya tahan dan kelestarian sektor swasta.

“Pemahaman yang lebih baik mengenai kejutan Covid-19 dari segi keparahan dan penularannya; dan apa mekanisme sesuai yang telah diterima oleh firma dalam menghadapi kejutan ini, merupakan komponen yang diperlukan dalam usaha pemulihan kita.

“Maklumat seperti itu akan memungkinkan Malaysia merancang dasar yang lebih baik untuk membantu meredakan kesan kejutan dan menyokong pemulihan yang dipimpin oleh sektor swasta yang lebih berdaya tahan,” kata Mustapa.

Bank Dunia berkata pemulihan ekonomi Malaysia bergantung kepada dasar untuk mempromosikan bantuan segera dan program sokongan yang jelas serta mudah diakses dan disasarkan untuk membolehkan syarikat mengekalkan kecairan.

Katanya, usaha pemulihan harus merangkumi pelanjutan subsidi upah, meningkatkan ramalan peraturan prosedur operasi standard(SOP), dan mempercepat kelulusan dan pengeluaran pinjaman yang ada.

“Akan tetapi, dalam jangka masa sederhana dan panjang, reformasi mendalam dan struktural akan diperlukan untuk pemulihan ekonomi pasca-wabak yang dipimpin oleh pihak swasta,” kata Bank Dunia.

Sementara itu, wakil Presiden Bank Dunia untuk Asia Timur dan Wilayah Pasifik ictoria Kwakwa, berkata sepanjang tahun lalu, Pusat Pertumbuhan Inklusif dan Kewangan Lestari Bank Dunia di Malaysia telah bekerjasama erat dengan kerajaan untuk menangani dan memantau kesan wabak Covid-19 terhadap ekonomi negara.

“Tinjauan terkini menunjukkan syarikat Malaysia lebih rentan daripada saingan serantau dan pandemik Covid-19 memburukkan lagi isu yang sudah diperjuangkan oleh sektor swasta ketika sebelum wabak,” kata V .

Katanya, disebabkan pemulihan pasca pandemik sebahagian besar akan didorong oleh sektor swasta, usaha harus dilakukan untuk meningkatkan daya tahan sektor ini dalam jangka pertengahan dan panjang.

POPULAR