Laporan audit forensik kapal tempur didedah kepada awam malam ini

August 22, 2022 · Isu semasa

Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) bersetuju menyahklasifikasikan laporan audit forensik dalaman berkaitan perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata persetujuan yang dibuat hari ini (22 Ogos 2022) adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 17 Ogos lalu.

“Lembaga Pengarah BHIC telah bermesyuarat dan setuju dokumen tersebut dinyahklasifikasikan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Ia boleh didapati di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Dalam surat kepada PAC, BHIC berkata lembaga pengarah BHIC bersetuju dan membuat ketetapan bahawa laporan tersebut boleh diakses oleh orang awam.

Pengerusi Jawatankuasa Audit BHIC Dr Salihin Abang dalam surat itu berkata laporan yang dikemukakan itu hanya mengenai audit forensik LCS sahaja.

“Perkara ini disebabkan ia merupakan laporan audit forensik dalaman syarikat dan turut merangkumi maklumat dalaman BHIC yang lain,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jemaah Menteri secara prinsip bersetuju supaya laporan audit dan forensik kapal LCS itu didedahkan kepada awam.

Minggu lalu media melaporkan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengingatkan kerajaan untuk menyahklasifikasikan dua laporan berkaitan isu LCS secara menyeluruh.

Satu lagi laporan yang telah dinyahklasifikasikan ialah Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) juga berkaitan perolehan kapal tempur itu.

Skandal LCS tercetus susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu, dua tahun selepas memulakan siasatan terhadap kontrak bernilai RM9.13 bilion.

PAC – badan dwipartisan di Parlimen – berkata projek membina enam kapal itu telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melalui rundingan terus, dan kerajaan telah membayar RM6.08 bilion atau 66.65 peratus daripada kos setakat ini.

Bagaimanapun, tiada satu pun kapal LCS telah dihantar. Mengikut garis masa PAC, lima kapal LCS sepatutnya telah siap dan diserahkan kepada kerajaan menjelang Ogos 2022.

Susulan itu, kerajaan bertindak menyahklasifikasi dokumen berhubung perolehan LCS dan terbukti terdapat nama pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat secara langsung dalam mengatur projek kapal itu.

Zahid yang juga Presiden UMNO didedahkan dalam dokumen itu menandatangani dalam satu surat yang menyokong perolehan itu diberikan kepada kontraktor pilihannya walaupun pada awalnya menafikan terlibat dalam meluluskan projek tersebut.

Untuk rekod, pemberian kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika Barisan Nasional dan UMNO memerintah iaitu bermula dengan surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2014.

Berita berkaitan
Surat tuntutan daripada peguam Latiff dihantar kepada juruaudit projek LCS
September 9, 2022· Isu semasa
SPRM masih siasat dakwaan penglibatan bekas Timbalan Menteri dalam skandal LCS
September 9, 2022· Isu semasa
Telefon Rafizi dirampas semasa memberi keterangan polis
September 3, 2022· Isu semasa
Rafizi beritahu dipanggil polis bantu siasatan skandal LCS
September 3, 2022· Isu semasa
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
2 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
4 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
11 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok