Lapor segera penipuan pakej haji: Titah Raja Muda Perlis

July 10, 2022 · Isu semasa

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati mereka yang menjadi mangsa atau mempunyai maklumat mengenai penipuan pakej haji supaya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Mereka yang menipu atau digelar sebagai ‘scam haji’ perlu dibawa ke muka pengadilan agar tiada lagi yang akan terpedaya dengan penipuan atas nama agama seumpama itu,” titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda bertitah demikian selepas menyerahkan sumbangan zakat MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Jabal A’la, Kampung Melayu, Kaki Bukit semalam.

Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku ke atas sekumpulan bakal haji yang difahamkan telah ditipu oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menawarkan pakej haji palsu.

“Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang mempromosikan pakej haji furada yang belum tentu ada jaminan untuk sampai ke Tanah Suci.

“Tawaran menarik dengan peluang cepat tanpa menunggu giliran sering kali menjadi faktor utama bakal haji mudah percaya dan akhirnya tertipu,” titah baginda.

Baru-baru ini dilaporkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan bagi pakej haji visa furada. – Bernama

Berita berkaitan
Penipuan dalam talian direkodkan tertinggi setakat Julai tahun ini
August 4, 2022· Isu semasa
Taktik penipuan perdaya mangsa tawar Skim Bantuan Khas Covid-19
August 2, 2022· Isu semasa
RM5 juta dianggar kerugian penipuan visa haji furada setakat Julai
August 2, 2022· Isu semasa
67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci
July 23, 2022· Dunia
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
‘Sila laksanakan’, tulis Zahid dalam surat berkaitan skandal kapal LCS
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Peguam Najib mohon tarik diri
August 18, 2022 · Isu semasa
Ringgit, saham dibuka rendah
13 minit lalu · Isu semasa
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
1 jam lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok