Lapor jika klinik swasta naikkan caj ujian Covid-19 melebihi harga siling

May 28, 2021 · Isu semasa

Orang ramai boleh membuat aduan sekiranya didapati ada klinik atau pusat perubatan swasta mengenakan caj ujian Covid-19 melebihi harga ditetapkan kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kerajaan menetapkan harga siling bagi ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) sebanyak RM150.

Katanya, di Semenanjung, rapid molecular yang membolehkan ujian diperoleh dengan pantas ditetapkan pada RM270, manakala Rapid Test Kit (RTK) Antigen (RTK-Ag) pada harga RM60, sementara ujian pantas mengesan antibodi pada kadar RM50.

Beliau berkata, harga siling RT-PCR di Sabah dan Sarawak pula ditetapkan sebanyak RM200; rapid molecular (RM350), RTK-Ag (RM80) dan ujian pantas antibodi (RM70).

“Harga siling untuk ujian seperti RT-PCR sebanyak RM150 tetapi jika pihak kesihatan swasta mahu mengenakan kadar lebih, mereka perlu menyediakan bil terperinci kerana harga siling itu hanya untuk ujian saja.

“Terpulang kepada pelanggan untuk terima atau tidak bayaran dikenakan sektor kesihatan swasta itu selepas meneliti bil terperinci berkenaan,” katanya hari ini.

Memetik laporan Berita Harian Dr Adham berkata, pihak perkhidmatan kesihatan swasta sepatutnya menyerap kos bagi membantu masyarakat membuat ujian saringan kerana harga kos untuk setiap kit ujian lebih rendah daripada harga perlu dibayar pelanggan.

Katanya, pihaknya sudah membuat perbandingan dan mendapati makmal serta klinik swasta masih boleh mendapat keuntungan daripada perkhidmatan ujian Covid-19, manakala harga siling ditetapkan sudah mengambil kira faktor logistik dan mesin diperlukan untuk ujian rapi molecular.

Pada masa sama, beliau berkata, beribu-ribu pengguna memerlukan perkhidmatan ujian saringan dan pengesanan Covid-19 ketika ini, justeru, pihak perkhidmatan kesihatan swasta masih boleh mendapat keuntungan.

Dr Adham juga berkata, memandangkan pengambilan sampel ujian Covid-19 menggunakan air liur lebih memudahkan petugas kesihatan, harga caj perkhidmatan yang dikenakan pihak swasta juga perlu lebih murah berbanding pengambilan sampel menggunakan kaedah calitan hidung dan tekak.

Dr Adham berkata, pihak swasta juga tidak perlu menaikkan harga ujian kerana sekarang ini tempoh darurat, selain kita mahu menggalakkan masyarakat membuat ujian saringan.

 

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
11 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
20 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok