Lapan negeri rekod prestasi pertumbuhan lebih baik: Perangkaan

June 29, 2021 · Isu semasa

Prestasi ekonomi semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan mencatatkan pertumbuhan negatif pada 2020, tetapi lapan daripadanya merekodkan kadar pertumbuhan yang lebih baik berbanding penyusutan 5.6 peratus peringkat nasional.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata lapan negeri tersebut ialah WP Labuan, merekodkan penurunan 0.5 peratus, diikuti Kelantan (-1.1 peratus), Kedah (-1.7 peratus), Pulau Pinang (-2.1 peratus), Perak (-2.3 peratus), Negeri Sembilan (-3.6 peratus), Johor (-4.6 peratus) dan Selangor (-5.3 peratus).

Negeri lain, WP Kuala Lumpur mencatatkan kemerosotan -7.5 peratus, Sawarak (-7.1 peratus), Sabah (-9.5 peratus), Pahang (-5.9 peratus), Melaka (-5.9 peratus), Terengganu (-5.7 peratus) dan Perlis (-6.1 peratus).

“Meskipun pandemik COVID-19 telah memberi impak negatif kepada ekonomi negeri, enam negeri iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah kekal sebagai penyumbang utama Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nasional dengan jumlah sumbangan sebanyak 72.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Prestasi Ekonomi Mengikut Negeri 2020 secara maya hari ini.

Memetik laporan Bernama Mohd Uzir berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2020 adalah yang kedua terendah selepas krisis kewangan tahun 1998 dengan KDNK nasional merekodkan nilai pengurangan sebanyak RM80.4 bilion berbanding 2019.

Berdasarkan perincian mengikut negeri, Selangor mencatatkan pengurangan tertinggi iaitu sebanyak RM18.3 bilion, diikuti WP Kuala Lumpur (RM17.5 bilion), Sarawak (RM9.6 bilion) dan Sabah (RM8.1 bilion).

Katanya keempat-empat negeri tersebut telah menyumbang 66.7 peratus kepada nilai penyusutan nasional.

Beliau berkata komposisi aktiviti ekonomi yang berbeza mendorong kepada kepelbagaian ciri bagi setiap negeri dan seterusnya memberi impak yang berbeza kepada pertumbuhan ekonomi.

“Secara umumnya, beberapa negeri dilihat menerima impak yang agak mendalam berbanding sebilangan negeri yang mempunyai asas struktur ekonomi yang mampu mengimbangi magnitud kemerosotan seperti di peringkat nasional.

“Pelbagai program pakej rangsangan dan inisiatif telah diumumkan oleh kerajaan termasuk kerajaan negeri bagi membantu kelangsungan perniagaan, mengurangkan tekanan persekitaran perniagaan serta mempercepatkan pemulihan pasaran buruh,” jelas beliau.

Dari sudut KDNK Per Kapita, kesemua 13 negeri dan dua WP mencatatkan penurunan dalam nilai KDNK Per Kapita pada 2020 berbanding 2019.

Bagaimanapun, tujuh negeri mencatatkan nilai KDNK Per Kapita melebihi paras nasional sebanyak RM43,378, iaitu WP Kuala Lumpur (RM120,600), WP Labuan (RM76,792), Pulau Pinang (RM54,718), Selangor (RM51,966), Sarawak (RM48,597), Melaka (RM45,893) dan Negeri Sembilan (RM43,859).

Bagi prospek ekonomi tahun 2021, Ketua Perangkawan berkata meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka berterusan, keseimbangan antara kepentingan kesihatan dan pemulihan ekonomi dan perniagaan dapat dilaksanakan menerusi pembukaan lebih banyak aktiviti perniagaan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat.

Berdasarkan Indeks Pelopor pada April 2021, katanya prestasi ekonomi Malaysia dijangka menggalakkan sekiranya pandemik mereda, sejajar dengan pengukuhan permintaan global apabila kelonggaran ekonomi telah dilaksanakan oleh beberapa negara.

Di samping itu, katanya penyertaan rakyat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga dijangka akan meningkatkan keyakinan perniagaan dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam negara selain menarik minat pelabur asing.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
BNM sukar elak kenaikan OPR kata penganalisis
October 25, 2022· Isu semasa
Selepas pengumuman tarikh PRU-15 semalam, ringgit jatuh lagi pada awal dagangan
October 21, 2022· Isu semasa
UMNO ghairah berkempen PRU-15, tapi pakar ramal ekonomi meleset tahun depan
October 17, 2022· Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
3 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
4 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
10 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
18 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok