Lapan negeri Fasa Dua PPN boleh takbir, solat raya di masjid, surau

July 17, 2021 · Isu semasa

Lapan negeri yang sudah beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenar bertakbir di semua masjid dan surau sempena sambutan Aidiladha 20 Julai ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata lapan negeri yang sudah beralih ke Fasa Dua itu ialah Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Jakim dalam kenyataan hari ini juga berkata solat sunat Aidiladha dan khutbah Hari Raya serta ibadah korban bagi tahun ini turut dibenarkan dengan mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) dan kebenaran pihak berkuasa agama negeri.

Bagaimanapun takbir dari rumah ke rumah, jamuan selepas solat sunat Aidiladha, program ziarah, ziarah tanah perkuburan dan rumah terbuka atau majlis jamuan hari raya, adalah tidak dibenarkan.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Selasa ini.

JAKIM berkata bagi kawalan penularan dan jangkitan, masjid atau surau perlu mengadakan kaunter di pintu masuk dengan jumlah yang hadir perlu dihadkan bilangannya, suhu badan diperiksa, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah diambil; dan ruang solat serta kawasan sekitarnya, termasuk tandas dan ruang wuduk perlu kerap disanitasi.

Pintu masjid hanya dibuka satu jam sebelum solat dan ditutup sejurus selepas selesai aktiviti solat berjemaah manakala jemaah yang sihat dan tidak bergejala sahaja dibenarkan hadir dengan mengikut SOP.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
2 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
13 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok