Lapan negeri catat peningkatan kes baharu Covid-19

August 13, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 21,468 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, turun sedikit berbanding jumlah dicatatkan semalam, 21,668 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu kepada 1,363,683 kes.

Berdasarkan rekod dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini lapan daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan jumlah peningkatan dengan Selangor melonjak semula selepas beberapa hari merekodkan penurunan.

Dalam tempoh itu Selangor merekodkan 7,449 jangkitan baharu berbanding 6,278 kes dicatatkan semalam.

Negeri lain yang mencatatkan peningkatan jangkitan Covid-19 ialah Pulau Pinang daripada 1,229 kes semalam kepada 1,316 kes hari inil Perlis 50 kes (23 semalam); Perak 940 kes (930 kes semalam); Negeri Sembilan 974 kes (899 semalam); Melaka 723 kes (494 semalam); Kelantan 1,088 kes (972 semalam); dan Putrajaya 66 kes (56 semalam).

Kuala Lumpur walaupun merekodkan penurunan jangkitan namun mencatatkan 2,183 kes berbanding 2,436 kes semalam.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
2 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok