Lapan kluster pendidikan baharu

Lapan lagi kluster pendidikan membabitkan 141 jangkitan positif Covid-19 dilaporkan di enam negeri dan Wilayah Persekutuan dalam tempoh 24 jam semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan dua daripada kluster pendidikan itu masing-masing dikesan di Kuala Lumpur serta Pahang (dua); dan masing-masing satu di Kelantan, Pulau Pinang, serta Melaka.

Satu lagi kluster pendidikan dikesan menular di Selangor dan Kuala Lumpur iaitu melibatkan Kluster Jalan Marmar di Titiwangsa dan Kepong, serta Kuala Selangor, membabitkan 11 jangkitan.

Sementara itu, dua kluster pendidikan yang dikesan di Kuala Lumpur melibatkan:

  • Kluster Jalan Dutamas Raya, Kepong – 7 kes; dan
  • Kluster Jalan Temerloh Titiwangsa di Titiwangsa dan Cheras – 15 kes.

Dua kluster pendidikan di Pahang ialah:

  • Kluster Jaya Timur Mempaga, Bentong – 10 kes; dan
  • Kluster Sekuh, Temerloh – 33 kes

Di Kelantan, kluster pendidikan melibatkan Kluster Cabang Empat Jalan Maktab di Kota Bharu, membabitkan 17 jangkitan; Kluster Kampung Pokok Jenerih di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (22 kes); dan Kluster Jalan Tun Ali, Melaka Tengah (26 kes).

Sementara itu satu kluster melibatkan tempat kerja turut dikesan semalam melibatkan Kluster Industri Jalan Ep Serkam Satu 2 di Jasin, Melaka dengan 36 jangkitan.

Satu lagi kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Lorong Cempaka, Kuantan, Pahang melibatkan sembilan jangkitan positif.

BERITA BERKAIT
POPULAR