
Kluster pendidikan, majoriti melibatkan pelajar sekolah, dikesan sejak 1 Januari 2022, susulan pembukaan sesi penggal ketiga persekolahan 2021/2022.
Lapan daripada 11 kluster Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam semalam melibatkan kategori pendidikan, dengan 121 individu dijangkiti Covid-19.
Manakala dua kluster lagi melibatkan kumpulan berisiko tinggi dengan 161 individu dijangkiti Covid-19, dan satu tempat kerja (31 kes), lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Dua daripada kluster pendidikan itu dilaporkan di Johor iaitu:
- Kluster Jalan Sekolah Arab Pontian di Pontian – 17 jangkitan positif; dan
- Kluster Jalan Kesang Laut Tangkak – 7 kes.
Kluster pendidikan lain ialah:
- Kluster Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan – 11 kes;
- Kluster Tajin, Hulu Terengganu, Terengganu – 14 kes;
- Kluster Jalan Pertang Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan – 24 kes;
- Kluster Dua Mengkuang, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang – 18 kes;
- Kluster Taman Pinggir Tun Dr Ismail, Kepong, Kuala Lumpur – 11 kes; dan
- Kluster Dua Jalan Hospital di Gombak, Kuala Selangor dan Petaling, Selangor – 19 kes.
Sementara itu, bagi kumpulan berisiko tinggi, Kluster Jalan Lurah Kempas di Johor Bahru melibatkan 127 jangkitan positif Covid-19, manakala Kluster Jalan Denai 2 Kempas, juga di Johor Bahru membabitkan 34 kes.
Satu kluster tempat kerja – Kluster Industri Sungai Siput Jementah 2 – di Segamat, Johor, turut melibatkan 31 kes positif Covid-19.