Lapan kluster baharu pendidikan

Sebanyak lapan lagi kluster pendidikan Covid-19 dikesan di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Semua kluster pendidikan itu dikesan, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah, Johor dan Selangor itu, melibatkan 304 kes.

Di Kelantan, kluster pendidikan yang dikesan membabitkan:

  • Kluster Jalan Kedai Lama, Pasir Mas – 7 kes; dan
  • Kluster Jalan Che Yem, Pasir Puteh – 20 kes.

Kluster Jalan Permatang Tok Mahat dilaporkan di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang membabitkan 29 jangkitan, manakala Kluster Jalan Maktab Sungai Besi 2, Cheras, Kuala Lumpur pula melibatkan 150 kes.

Kluster Lorong Rashidah Utama di Seremban dan Port Dickson pula melibatkan 10 kes, diikuti Kluster Jalan Beluran Lama, Beluran, Sabah (35 kes); Kluster Jalan Sinaran Ilmu, Johor Bahru (19 kes); dan Kluster Jalan Batu 39 Olak Lempit, Kuala Langat, Selangor (34 kes).

Sempat kluster tempat kerja direkodkan di Kangar, Perlis melibatkan tujuh kes; Segamat, Johor (65 kes); Putrajaya (enam kes); dan Batu Pahat, Johor (15 kes).

Dua kluster kumpulan berisiko turut dilaporkan semalam melibatkan Kuantan, Pahang sebanyak dengan 25 jangkitan, manakala satu kluster pusat tahanan dikesan di Hilir Perak (enam kes).

BERITA BERKAIT
POPULAR