Lapan daripada 16 kluster baharu semalam libatkan pendidikan

Sebanyak 16 kluster baharu Covid-19 dikesan semalam, dengan lapan daripadanya melibatkan kategori pendidikan, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menurut data diterbitkan dalam laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini, empat kluster lagi melibatkan kumpulan berisiko tinggi; tempat kerja (tiga); dan satu kluster komuniti.

Lapan kluster pendidikan berkenaan ialah:

  • Kluster Taman Seri Janggus, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang – 29 kes;
  • Kluster Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang – 19 kes;
  • Kluster Jalan Lembah Kesang, Jasin, Melaka – 27 kes;
  • Kluster Jalan Tasek Alai, Segamat, Johor – 16 kes;
  • Kluster Pengkalan Ara, Hilir Perak, Perak – 57 kes;
  • Kluster Jalan Titi, Jelebu, Negeri Sembilan – 20 kes;
  • Kluster Jalan Pohon Batu, Labuan – 21 kes; dan
  • Kluster Persiaran Tengku Ampuan di Klang dan Kuala Selngor – 40 kes.

Empat kluster kumpulan berisiko tinggi membabitkan:

  • Kluster Jalan Hospital Sabak di Sabak Bernam, Selangor – 30 kes;
  • Kluster Jalan Maryani, Segamat, Johor – 10 kes;
  • Kluster Jalan Tengkera, Melaka Tengah, Melaka – 31 kes; dan
  • Kluster Muhibbah Bidor, Batang Padang, Perak – 31 kes.

Tiga kluster tempat kerja pula melibatkan:

  • Kluster Mediacity 3 melibatkan Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa dan Putrajaya – 11 kes;
  • Kluster Jalan Thambi Dollah, Lembah Pantai, Kuala Lumpur – 16 kes; dan
  • Kluster Industri Jalan Kuala Perlis, Kangar, Perlis – 15 kes.

Manakala, satu kluster komuniti dilaporkan iaitu Kluster Kemar Temenggor di Hulu Perak, Perak melibatkan 68 jangkitan.

Keseluruhannya terdapat 510 kluster yang masih aktif daripada 6,762 yang dikesan sejak awal 2020 hingga semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR