Lantikan semula AG: Saya tidak terbabit langsung kata Azalina

March 4, 2023 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan beliau tidak terbabit dengan proses lantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara (AG).

Katanya pelantikan itu adalah atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara itu sekali gus membuktikan beliau tidak mempunyai kaitan dalam keputusan melantik semula Idrus bagi tempoh enam bulan seperti didakwa sesetengah pihak, lapor Berita Harian.

“Ini satu perkara yang ingin saya jelaskan mengenai Peguam Negara yang disambung perkhidmatannya selama enam bulan sahaja.

“Keputusan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan atas nasihat perdana menteri.

“Saya secara peribadi tidak terbabit langsung dalam proses untuk menyambung semula peguam negara ini kerana ia hanya tanggungjawab kepada perdana menteri dan bukan pada saya walaupun saya selaku menteri undang-undang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang percaya Anwar mempunyai alasan tersendiri apabila memutuskan untuk menyambung semula khidmat Idrus.

“Saya nak tekankan yang mungkin perdana menteri mempunyai alasannya tersendiri untuk menyambung semula peguam negara selama enam bulan. Saya tidak tahu tetapi mungkin juga kerana ada kerja yang belum selesai,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengesahkan pelantikan semula Idrus sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Isnin depan.

Berita berkaitan
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Cadangan PMX cagar KWSP membimbangkan kesatuan bank, faedah mungkin tinggi
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok