Lantang dedah isu balak, aktivis alam sekitar disaman kerajaan Pahang RM1 juta

February 11, 2022 · Isu semasa

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil yang lantang mendedahkan isu berhubung pembalakan disaman kerajaan negeri Pahang diterajui UMNO sebanyak RM1 juta.

Shariffa Sabrina sebelum ini mengkritik aktiviti pembalakan di negeri tersebut terutamanya semasa bencana banjir besar melanda baru-baru ini yang didakwa juga berpunca akibat dasar pembalakan di Pahang.

Kerajaan negeri meminta aktivis alam sekitar itu membayar ganti rugi RM1 juta terhadap kenyataan yang didakwa telah mencemarkan nama baik kerajaan negeri itu.

Beberapa bentuk tuduhan seperti banjir di negeri Pahang berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal yang telah dimuat naik ke media sosial dan akhirnya mendapat liputan akhbar.

Dalam surat saman tersebut, Kerajaan Pahang mendefinasikan kenyataan itu sebagai berunsur fitnah dan mencemarkan integritinya.

“Adalah jelas bahawa kenyataan fitnah adalah palsu dan tidak berasas. Akibat kenyataan yang disiarkan itu, anak guam kami mendapat reaksi negatif daripada orang ramai, sekali gus merosakkan nama baik dan mencemar nama baik anak guam kami.

“Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab dengan kenyataan yang dia telah lakukan menyebabkan prejudis (terhadap) anak guam kami yang mana orang ramai menganggap anak guam kami berbohong, tidak berintegriti dan tidak bertanggungjawab,” menurut tuntutan saman tersebut.

Surat tuntutan itu diserahkan oleh firma Hidayah Ishak and Partners, yang dimuat naik oleh Shariffa Sabrina di akaun Instagramnya pagi tadi.

Shariffa Sabrina diberi masa dua minggu untuk mengeluarkan permohonan maaf tanpa syarat, jika gagal, saman fitnah akan difailkan terhadapnya.

Beliau dikatakan membuat kenyataan berbaur fitnah itu dalam dua catatan yang disiarkan di akaun Facebook peribadinya bertarikh 29 dan 30 Disember 2021, serta semasa wawancara dengan Sinar Harian pada 12 Januari lalu.

Dalam satu daripada tiga kenyataan itu, aktivis itu berkata, rasuah dalam pihak berkuasa perhutanan negeri berleluasa dan penyalahgunaan kuasa telah membolehkan syarikat yang dikaitkan dengan pihak istana untuk melakukan pembalakan sewenang-wenangnya.

Shariffa Sabrina dikatakan menyalahkan industri pembalakan akibat banjir berulang di negeri itu.

Berita berkaitan
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022· Politik
Kutipan dana Jamal untuk bayar kes saman fitnah cecah RM300,000
September 26, 2022· Politik
Selamatkah minum air hujan?
September 25, 2022· Isu semasa
ATM siap siaga berdepan banjir
September 24, 2022· Isu semasa
Popular
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
6 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
7 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok