Langkawi kekal Zon Merah walaupun kes hari ini turun

October 3, 2021 · Isu semasa

Pulau Langkawi yang masih kekal sebagai Zon Merah Covid-19 hari ini melaporkan penurunan jangkitan baharu apabila dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan 40 kes berbanding 76 kes semalam.

Jumlah baharu itu menjadikan keseluruhan kes positif di Pulau Legenda Mahsuri itu meningkat kepada 5,398 kes dengan 4,884 pesakit telah sembuh, dan 443 kes masih aktif.

Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi) dalam kemas kini statistik harian juga memaklumkan satu kematian dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan sejak tahun lalu kepada 71 kes.

Daripada 40 kes positif baharu itu, 21 pesakit dikesan menerusi saringan kontak rapat, 18 kes saringan bergejala dan satu kes daripada Kluster Dah Teluk Nibung di Padang Matsirat.

Pulau peranginan terkenal itu dibuka semula kepada pelancong mulai 16 September lalu dengan dikenakan protokol kesihatan yang ketat, termasuk ujian saringan sebelum menaiki pesawat atau feri serta semasa ketibaan di Langkawi.

Sehingga hari ini secara rasmi hanya seorang pelancong tempatan iaitu kanak-kanak berusia tiga tahun disahkan positif Covid-19 ketika berada di pulau peranginan itu.

Kanak-kanak berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu tiba di pulau peranginan berkenaan pada 24 September bersama ibu bapanya, dan mulai demam sehari kemudian sebelum disahkan positif Covid-19 pada 26 September.

Hari ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan sejak 16 September seramai 38,748 pelancong tiba di Langkawi, melepasi sasaran 30,000 pelancong dan menjana lebih RM15 juta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata daripada 38,748 pelancong yang tiba di pulau peranginan itu, seramai 26,377 orang tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala 7,480 orang lagi melalui Jeti Kuah.

“Satu lagi pintu masuk utama iaitu Dermaga Tanjung Lembung (Langkawi Port) merekodkan kemasukan kira-kira 4,891 pelancong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Bentang kertas putih skandal kapal tempur tak siap, duit rakyat lesap
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
9 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
9 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
10 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok