Langkawi catat tambahan 92 kes baharu, tiada pelancong positif

September 22, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di Langkawi meningkat 50 kes – daripada 42 jangkitan positif yang dilaporkan semalam – kepada 92 kes dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah hari ini menunjukkan Mukim Kuah mencatat 28 kes baharu diikuti Air Hangat (23 kes); Padang Matsirat (18 kes); Kedawang (16 kes); Ulu Melaka (enam kes); dan Bohor (satu kes).

Jumlah jangkitan harian terbaharu itu menjadikan kini terdapat 596 kes aktif di daerah pelancongan itu, berbanding 569 kes semalam.

Sektor pelancongan Pulau Langkawi dibuka semula menerusi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September lalu, dan bakal menjadi penanda aras bagi membolehkan lebih banyak pusat peranginan dibuka di seluruh negara.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada kes jangkitan Covid-19 membabitkan pelancong domestik yang dikesan selepas lima hari pulau peranginan itu dibuka menerusi projek rintis berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad, berkata setakat ini penularan Covid-19 hanya membabitkan penduduk tempatan sahaja.

“Keadaan ini membuktikan kejayaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di bawah projek rintis berkenaan. Tiada kes jangkitan dikesan membabitkan kedatangan pelancong domestik.

“Ini kerana kerajaan sudah menggariskan SOP yang baik di bawah projek gelembung pelancongan. Saringan ujian Covid-19 dibuat di lokasi pelepasan sebelum ke Langkawi turut membantu menghalang individu yang positif daripada memasuki Langkawi,” katanya.

Sementara itu, polis memberi amaran akan mengeluarkan kompaun terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran, sekiranya ditahan atas alasan ingin ke Langkawi, tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan.

Ini kerana kebenaran menggunakan perjalanan darat untuk aktiviti pelancongan ke Langkawi, perlu melalui khidmat agensi pelancongan ditetapkan merangkumi tempat penginapan, lokasi tumpuan dan aktiviti perjalanan sepanjang berada di pulau berkenaan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, memberi peringatan mengenai perkara itu bagi mengelakkan orang ramai merasa terkilan apabila diarahkan berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) tertentu ketika dalam perjalanan ke jeti di Kuala Kedah atau Kuala Perlis untuk ke Langkawi.

“Masih ada pihak yang tidak memahami syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui gelembung pelancongan untuk bercuti ke Pulau Langkawi dan saya ingin mengingatkan bahawa setiap pergerakan melalui jalan darat ke Pulau Langkawi, perlu menggunakan khidmat agensi pelancongan.

“Malah mereka juga akan diarahkan untuk menjalani pemeriksaan ujian saringan RTK, sama ada di Jeti Kuala Kedah atau Jeti Kuala Perlis, sebelum dibenarkan menaiki feri ke Pulau Langkawi,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok