Langkawi bakal dibuka kepada pelancong global, kes turun

Jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi di Langkawi, turun semula kepada 33 kes berbanding 95 kes yang direkodkan semalam.

Bagaimanapun, seorang pesakit Covid-19 meninggal dunia menjadikan kumulatif sejak tahun lalu di pulau itu kepada 72 kematian.

Kes kematian itu membabitkan seorang wanita berusia 66 tahun yang tidak mempunyai sejarah komorbiditi, kata kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKDLangkawi) hari ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri  berkata pulau peranginan itu akan dibuka kepada pelancong antarabangsa tidak lama lagi.

“Malaysia kini sedang bersiap untuk membuka Langkawi kepada pelancong antarabangsa tidak lama lagi selepas kejayaan gelembung pelancongan domestik Langkawi.

“Gelembung pelancongan domestik di Langkawi mencatatkan kejayaan sejak dimulakan pada 16 September lalu, dengan sejumlah 38,748 kedatangan pelancong domestik dan menjana pendapatan RM15.97 juta.

“Malaysia menyasarkan 400,000 ketibaan pelancong domestik ke Langkawi hingga Disember 2021,” katanya hari ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR