Langkah tangguh umrah demi kepentingan awam, kata Menteri

January 3, 2022 · Isu semasa

Keputusan kerajaan menangguhkan umrah disifatkan amat berat untuk diambil tetapi diteruskan demi kepentingan orang awam susulan ancaman varian baharu Covid-19 iaitu Omicron.

Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata tidak wujud diskriminasi terhadap orang Islam seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah berbincang dengan agensi berkaitan dan mengambil kira cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai ancaman terbaharu wabak itu.

“Ini adalah masalah orang ramai, masalah negara, tidak timbul soal diskriminasi atau yang lain…(dakwaan seperti itu) tak patut sangatlah.

“Janganlah tohmah, kata kita nak tindas orang Islam. Apa yang dikemukakan oleh pihak KKM adalah data. Kita boleh tengok bagaimana wabak ini dibawa daripada negara-negara, ini semua data, bukan apa yang mereka (KKM) cakap itu dalam bentuk yang tidak ada fakta,” katanya menurut laporan Bernama hari ini.

Terdahulu, Idris melawat mangsa banjir di Sekolah Agama Kuala Paya, Segamat.

Idris berkata ada cadangan untuk mewajibkan rombongan umrah dikuarantin di hotel atau tempat tertentu berbanding kuarantin rumah sebelum ini.

Beliau berkata bagaimanapun, ia tidak boleh dilaksanakan memandangkan tempat kuarantin yang diperlukan terlalu banyak dan kekurangan logistik.

“Sehari memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 katil. Akhirnya keputusan (tangguh umrah) terpaksa diambil oleh pihak berkuasa. Kita tidak mahu merebaknya penyakit ini, yang boleh mendatangkan masalah lebih banyak lagi (pada masa hadapan),” katanya.

Justeru, Idris meminta rakyat bersikap terbuka dengan keputusan kerajaan memandangkan ia dibuat berdasarkan kepentingan orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa keputusan kerajaan menangguhkan ibadah umrah berkuat kuasa 8 Jan ini adalah satu diskriminasi terhadap umat Islam.

Berita berkaitan
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
August 13, 2022· Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
JAKIM kenal pasti lokasi pusat ajaran sesat, Hadi Minallah
August 8, 2022· Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
43 minit lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
58 minit lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
1 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
1 jam lalu · Isu semasa
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok