Langkah tangguh projek baharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

July 21, 2022 · Isu semasa

Perancangan kerajaan berkaitan dasar menangguh atau membatalkan projek-projek baharu dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, soalan berhubung perkara itu diajukan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang mahu Perdana Menteri menyatakan perkara tersebut serta menamakan projek berkenaan dengan kos yang dijimatkan, lapor Bernama.

Turut tersenarai, soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) kepada Menteri Kanan Pertahanan yang mahu tahu bentuk perancangan kerjasama ketenteraan trilateral (TCA) antara Filipina, Indonesia dan Malaysia serta sama ada kerjasama ketenteraan akan dilanjutkan kepada negara-negara ASEAN lain.

Pada sesi soal jawab pula, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan untuk bantuan banjir yang telah disalurkan ke negeri-negeri terkesan bagi mangsa banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022.

Selain itu, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (PH-Lumut) meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan langkah diambil bagi menangani isu 50,000 kontraktor Bumiputera yang akan gulung tikar akibat kenaikan harga barangan binaan.

Selesai sesi berkenaan, Kementerian Kesihatan dijangka membentangkan untuk bacaan kali kedua serta dibahas Ahli-Ahli Parlimen bagi Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022.

Turut menarik perhatian, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang tersenarai di nombor enam aturan mesyuarat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini berkata rang undang-undang berkenaan dicadang untuk dibahaskan pada 27 dan 28 Julai, tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat juga mencadangkan garis masa libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersama Ahli Dewan Rakyat kerajaan diadakan 25 Julai dan libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat pembangkang, pada 26 Julai.

Wan Junaidi berkata setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, rang undang-undang berkenaan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di antara 11 hingga 26 Ogos untuk diperkenankan dan pewartaannya dijangka dilaksanakan antara 29 Ogos hingga 2 Sept ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.

Berita berkaitan
RoS masih boleh muktamadkan usul dua jawatan tak dipertandingkan: Ismail Sabri
January 19, 2023· Politik
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023· Isu semasa
Speaker putuskan tiada kekosongan di empat kerusi bekas ahli Bersatu Sabah
January 16, 2023· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
16 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
16 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok