Langkah penjimatan tidak jejas bantuan JKM, jumlah tetap sama: Rina

July 17, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi jaminan langkah penjimatan perbelanjaan diambil kerajaan tidak akan menjejaskan peruntukan bantuan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri berkenaan Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata 80 peratus daripada peruntukan kementerian adalah disalurkan kepada penerima bantuan JKM dan jumlah itu akan dikekalkan, lapor Bernama.

“Kalau kita tengok pekeliling yang baharu sahaja dikeluarkan pada 14 Julai, kita memang sudah ambil langkah penjimatan. Berbelanja secara berhemah dan mendahuhulukan apa yang menjadi keutamaan.

“Sebanyak 80 peratus disalurkan kepada penerima bantuan JKM, kita tidak akan kurangkan, ia tetap sama,” katanya pada sidang media selepas pemukiman Wanita Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini.

Rina mengulas laporan sebuah media tempatan baru-baru ini yang menyatakan semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun Persekutuan dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) diarah melaksanakan langkah penjimatan dalaman dengan mengoptimumkan perbelanjaan bagi membolehkan penjimatan itu disalurkan untuk kesejahteraan rakyat.

Arahan itu dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan bertajuk ‘Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam’ yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Asri Hamidon bertarikh 14 Julai lepas.

Rina, yang juga Ketua Wanita PN, meminta kerajaan supaya tidak melayan sebarang desakan untuk membubarkan Parlimen sebaliknya memberi tumpuan menangani isu kos sara hidup.

Beliau berkata Wanita PN turut meminta kerajaan mengkaji keperluan B40 untuk dinaikkan kepada B50 atau B60 dengan kadar segera serta mengumumkan pakej rangsangan khusus bagi membantu wanita menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

“Pengelasan pendapatan isi rumah B40 kepada B50-B60 dan M20-M40 contohnya perlu dikaji dengan segera bagi membolehkan peruntukan serta perkhidmatan yang disediakan kerajaan dapat dimanfaatkan oleh rakyat seadilnya untuk menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang,” katanya.

Rina juga berkata Wanita PN menyarankan pucuk kepemimpinan tertinggi gabungan itu supaya mengambil satu ketetapan politik yang tegas berhubung hala tuju pakatan tersebut dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Wanita PN juga turut menyatakan pendirian berhubung penyertaan calon wanita untuk PRU15 kepada pucuk pimpinan khususnya Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa memberi peluang yang adil kepada wanita. Kami menaruh kepercayaan yang tinggi pucuk pimpinan akan membuat keputusan yang baik,” katanya.

Sesi pemukiman itu, yang bermula 15 Julai hingga hari ini, disertai lebih 140 orang terdiri daripada pemimpin sayap wanita Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Berita berkaitan
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023· Isu semasa
Dulu sembang kencang, sekarang potong peruntukan Ahli Parlimen pula: Rosol
February 4, 2023· Politik
Kerajaan benarkan jualan mercun, bunga api tak lama lagi
February 3, 2023· Isu semasa
Elaun pembangunan Ahli Parlimen dikurangkan tinggal RM1.3 juta sahaja
February 3, 2023· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
11 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
12 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
12 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
20 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok