Langkah penjimatan: 30 projek bernilai RM100 juta ditangguh

July 21, 2022 · Isu semasa

Pelaksanaan kira-kira 30 projek membabitkan kos sehingga RM100 juta telah dikenal pasti untuk ditangguhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ini susulan sesi penglibatan dengan Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Kerja Raya (KKR), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (EPU) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Selasa lalu (19 Julai), menurut Bernama.

Beliau berkata projek itu termasuk pembinaan pusat pemprosesan getah bersepadu di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; perolehan peralatan untuk memodenkan bengkel dalam bidang elektrik, pusat latihan berteknologi tinggi dan latihan luar negara di bawah Kementerian Sumber Manusia dan projek penyelidikan strategik di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Sesi libat urus ini akan berterusan minggu hadapan, MOF, KKR, EPU, ICU, JKR akan mengadakan pertemuan dengan semua kementerian untuk memastikan mana-mana (projek) yang perlu untuk menjamin kesejahteraan rakyat diteruskan.

“Setakat ini, cuma 30 projek bernilai kira-kira RM100 juta, tetapi masih lagi diperincikan, akan diteruskan libat urus minggu depan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai berapakah projek yang akan ditangguhkan kerajaan dan jumlah penjimatannya serta sekiranya projek mega akan turut ditangguhkan.

Mustapa berkata projek seperti MRT Laluan Lingkaran (MRT3), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuhraya Pan Borneo akan diteruskan seperti dirancang.

Mengulas lanjut, beliau berkata projek yang akan ditangguhkan melibatkan projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan dan diiklankan, projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat dan projek baharu dan sedia ada yang menghadapi masalah pelaksanaan seperti isu tapak.

Mustapa berkata projek yang sedang dalam pelaksanaan, telah dikeluarkan iklan tender, Surat Niat dan Surat Setuju Terima akan diteruskan.

Selain itu, projek yang dibiayai daripada Dana Infra serta semua projek penyelenggaraan yang mustahak dan telah diluluskan juga akan terus dilaksanakan.

“Ini penting bagi menyokong usaha kerajaan untuk merancakkan pemulihan ekonomi pasca-Covid-19,” katanya.

Mustapa berkata sejumlah 7,243 projek pembangunan dengan jumlah peruntukan RM75.6 bilion telah diluluskan untuk pelaksanaan bagi tahun ini.

Kerajaan dilapor akan mengkaji semula proses perolehan bagi projek yang belum dimulakan untuk mengawal perbelanjaan pembangunan.

Berita berkaitan
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Kerajaan bincang wujudkan lesen bagi Google, Meta dan TikTok
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
13 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
13 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
21 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok