Langkah Pemerkasa Plus mampu meminimumkan impak ‘total lockdown’

June 2, 2021 · Isu semasa

Langkah Putrajaya memperkenalkan pakej rangsangan Pemerkasa Plus akan mampu meminimumkan impak Perintah Kawalan Pergerakan sepenuhnya atau ‘total lockdown’ kepada rakyat yang terjejas sepanjang tempoh tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research Datuk Dr Rais Hussin berkata pakej diperkenalkan tersebut menjadi jaringan keselamatan untuk kesejahteraan rakyat semasa berdepan cabaran pandemik Covid-19.

“Tiga objektif utama berkenaan adalah merancakkan kapasiti kesihatan awam, memastikan kesejahteraan rakyat, selain menyokong kesinambungan perniagaan.

“Strategi untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang merupakan enjin pertumbuhan kepada negara, adalah cara yang sebetulnya,” katanya semasa program “Mid-Day Update” Bernama TV hari ini.

Beliau tidak menafikan keputusan tidak popular terpaksa diambil kerajaan susulan ‘sekatan’ ke atas perniagaan terutama PKS tetapi ia langkah yang perlu diambil bagi memutuskan rantaian jangkitan, selain membolehkan sistem kesihatan kembali pulih.

Memandangkan angka jangkitan yang berada di luar kawalan, sekatan penuh ini, ditambah pula dengan jaringan keselamatan (PEMERKASA Plus), akan membuktikan bahawa dalam jangka masa panjang, ianya merupakan keputusan yang tepat, katanya lagi.

“Pada pendapat saya, jika saya pemilik perniagaan, saya akan mengambil langkah yang betul untuk memotong rantaian.

“Pada masa sama, program vaksinasi perlu berjalan pantas dan akhirnya, kita akan bersedia untuk menyambung perniagaan,” katanya.

Pemerkasa Plus yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas adalah bernilai RM40 bilion, antara lain memperuntukkan RM1 bilion untuk mengembangkan kapasiti kesihatan awam, RM33 bilion bagi meneruskan agenda Prihatin Rakyat dan tambahan RM6 bilion untuk menyokong kesinambungan perniagaan.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok