Langkah AS sukarkan Malaysia bayar hutang, tarik pelabur asing

September 19, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit yang semakin lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan langkah Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah, menjadikannya Malaysia lebih sukar untuk membayar balik hutangnya, terutamanya dalam dolar AS, dan menarik pelaburan asing, kata pakar ekonomi.

Ketua ekonomi Macroeconomics Associated LLC Gustavo Pessoa menegaskan bahawa keadaan itu berada pada garisan ‘merah’.

“Pastinya ia akan juga menurunkan pendapatan dan menyukarkan untuk membayar hutang. Malangnya adalah sukar dan berbahaya untuk campur tangan dalam pasaran kadar tukaran asing kerana dalam jangka pendek kadar pertukaran mencerminkan politik, tetapi dalam jangka panjang ia mencerminkan produktiviti.

“Jadi, satu-satunya cara selamat untuk menanganinya ialah meningkatkan produktiviti negara. Sebarang bentuk lain untuk campur tangan dalam jangka pendek akan menjadi penipuan,” kata Pessoa menurut SunBiz.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Unit Perisikan Ekonomi, Simon Baptist berkata isu yang lebih besar ialah kadar faedah yang tinggi di AS menyukarkan Malaysia menarik pelaburan asing yang penting untuk transformasi negara.

“Sebab itu kerajaan perlu lebih aktif melakukan pembaharuan untuk menarik perniagaan dan orang ramai ke Malaysia.

“Keadaan Malaysia (dari segi pembayaran balik hutang) tidak terlalu membimbangkan pada masa ini kerana harga komoditi yang tinggi menyokong rizab pertukaran asing, dan kebanyakannya berharga dalam dolar AS di pasaran antarabangsa,” kata Baptist.

Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai menyatakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk Malaysia membayar balik pinjaman dalam yen.

“Pada masa ini kita mempunyai beberapa pinjaman dalam yen Jepun. Ringgit kita telah mengukuh berbanding yen lebih daripada 7 peratus dalam tahun ini. Ini adalah masa yang baik untuk membayar balik pinjaman jika kita mempunyai kemampuan,” katanya.

Sehingga jam 5 petang 15 September lepas, mata wang tempatan telah susut kepada 4.5350 berbanding dolar AS, mencapai paras 4.53 yang dianggap paling rendah sejak Krisis Kewangan Asia.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Julai berkata bahawa hutang Kerajaan Persekutuan sehingga Jun 2022 berjumlah RM1.045 trilion, atau 63.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK).

Kira-kira RM43.1 bilion (18.4 peratus) daripada anggaran jumlah hasil Putrajaya diperuntukkan untuk caj perkhidmatan hutang Kerajaan Persekutuan untuk tahun ini.

“Menjelang akhir Jun 2022, RM19.8 bilion telah dibelanjakan untuk membayar faedah hutang tertunggak kerajaan,” kata Tengku Zafrul.

Berita berkaitan
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
2 jam lalu· Politik
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
3 jam lalu· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS, menghampiri RM4.70
18 jam lalu· Isu semasa
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
2 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok