Langgar SOP : Jangan anggap diri kebal

July 4, 2021 · Isu semasa

Rentetan kenaikan mendadak kes jangkitan Covid-19, kerajaan sekali lagi mengambil langkah sukar dengan melaksanakan Perintah Sekatan Pergerakan (PKP) penuh mula dikuatkuasakan  1 Jun lalu.

Ini bagi membendung penularan wabak ini, seterusnya mengurangkan beban dihadapi sektor kesihatan awam.

Secara tidak langsung PKP penuh dapat mengawal dan menyekat akses orang ramai ke ruang awam serta separa awam seperti sekolah, taman rekreasi, pusat beli-belah dan tempat kerja.

Semua ini dilakukan bagi mengelakkan perkumpulan ramai dan interaksi fizikal antara individu berisiko menyebarkan jangkitan wabak. Justeru, antara seruan kempen popular sepanjang tempoh ini ialah slogan ‘kekal duduk di rumah.’

Walaupun sekatan pergerakan penuh ini terpakai dan dilaksana menyeluruh kepada semua tanpa mengira pangkat dan darjat, ternyata masih yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

Sejak 14 hari lalu, sebanyak 53 peratus daripada 13 ribu kesalahan ingkar SOP ialah kesalahan diri sendiri (individu) yang merupakan perkara asas SOP Covid-19.

Kesalahan utama yang melibatkan disiplin diri sendiri termasuk tidak memakai  pelitup muka  sebanyak 20.5 peratus, tiada penjarakan fizikal sebanyak 17 peratus dan tidak mengimbas kod QR MySejahtera ketika masuk premis sebanyak 15.9 peratus.

Pun begitu, ramai netizen kecewa dan cemburu melihat stadium perlawanan bola sepak Euro 2020 dipenuhi dengan penonton. Persoalannya, sampai bila keadaan di Malaysia begini sekiranya individu itu sendiri gagal mematuhi?

Meskipun sebelum ini kerajaan menaikkan denda mereka yang melanggar SOP ini kepada maksimum RM10,000, namun ia langsung tidak mendatangkan ‘gerun’ kepada rakyat Malaysia.

Apa yang boleh disimpulkan, masih ramai rakyat di negara ini ‘degil’ dan mungkin ‘kocek penuh’ kerana mereka bersedia untuk ‘menyedekahkan’ sebahagian wang semata-mata untuk membayar kompaun.

Jadi tidak hairanlah mengapa hampir setiap hari terdapat ramai individu yang ditahan kerana langgar SOP PKP dan mereka se­olah-olah tidak takut dengan nilai kompaun tinggi yang dikenakan ketika ini.

Selain sikap degil, melalui pengamatan penulis juga, ramai rakyat negara ini mula leka dan tidak menghiraukan kesan akibat pandemik Covid-19.

Mungkin golongan ini menganggap diri mereka kebal? Menurut pakar psikologi, Prof Datin Mariani Md Noor,  mahu semua pihak menyedari impak tindakan masing-masing bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga orang lain.

Katanya, kesan psikologi akibat situasi yang dipanggil kelesuan pandemik merupakan punca ramai mula melanggar SOP, namun ia boleh dielakkan jika semua pihak sedar tanggungjawab yang digalas.

“Di sinilah kita memerlukan daya tahan emosi, jangan guna emosi untuk langgar SOP dan melampiaskan kemarahan. Saya tegaskan, tak kisah golongan marhaen atau ‘kayangan’, ramai yang patuh dengan SOP tetapi bila ada seorang dua yang tak ikut, ini yang menjadi masalah.

“Mereka yang patuh SOP akan terdorong untuk buat perkara sama (langgar SOP). Ini akan menyumbang kepada kenaikan angka kes sebab contoh teladan yang tak baik.

“Sesiapa yang sering jadi contoh kepada masyarakat, perlu patuh semua yang ditetapkan. Kita semua barisan hadapan, jangan ego dan degil, jangan yakin perbuatan kita tak ada impak.

“Dalam psikologi kita sebut sebagai jangan ada sangkaan kekebalan, yang berpunca daripada sikap degil dan ego, yakin sedangkan apa yang dia buat bagi impak negatif kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, orang ramai perlu memfokuskan tenaga terhadap usaha menceriakan diri dan menyeimbangkan pemikiran positif dan negatif.

Dalam pada itu, Memetik laporan Pensyarah Kanan (Bimbingan dan Kaunseling/Psikologi), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Leftenan Komander Dr. Abu Yazid Abu Bakar (B) berkata, individu yang sukar mengikut peraturan serta arahan adalah tergolong dalam kecelaruan personaliti.

Menurutnya, ia melibatkan sama ada personaliti narsisistik iaitu sering berasa diri mereka sahaja betul, manakala satu lagi adalah personaliti antisosial yang mana mereka sukar untuk akur kepada sesuatu ketetapan regulasi sosial.

“Mereka mungkin memiliki salah satu ciri personaliti itu atau gabungan kedua-duanya.

“Selain itu, dari sudut psikologi, manusia memang sukar hendak ubah kelaziman kerana sesuatu yang sudah jadi tabiat mengambil masa lama untuk diubah,” ujarnya.

Justeru, ayuh sama-sama mengubah tabiat buruk dan tidak berfaedah ini supaya selepas ini kita berjaya melawan penularan pandemik Covid-19 dan sekali gus semua aktiviti kita akan dapat kembali normal.

Berita berkaitan
Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok