Laluan berpagar tanpa lintasan akan dibina di ICQS Padang Besar

September 5, 2022 · Isu semasa

Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bersetuju untuk membina laluan pejalan kaki berpagar tanpa melintasi kawasan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, bagi menjaga keselamatan dan kebajikan pengguna.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata laluan berpagar itu, dibina bagi memastikan tidak berlaku pencerobohan warga asing yang masuk ke negara ini menerusi stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bhd Padang Besar.

“Daripada data yang kita perolehi seramai 2,000 pengunjung terdiri dari warga asing menggunakan laluan pejalan kaki ini, manakala kira-kira 30,000 orang warga asing masuk melalui kompleks ICQS Padang Besar,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan tinjauan di Kompleks ICQS Padang Besar hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Pengurus Besar RAC Adam Abu Hanipah dan Setiausaha Kerajaan Perlis Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Beliau perkara pihaknya telah mengambil langkah awal menutup laluan tersebut (1 Sept 2020), bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Apa-apa boleh berlaku dengan pertambahan kemasukan warga asing yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencerobohan dan kegiatan jenayah seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia,” katanya.

Hamzah berkata laluan pejalan kaki berpagar itu akan dalam jangka masa tiga bulan. – Bernama

Berita berkaitan
KDN arah siasatan dijalankan berhubung isu pegawai ditengking di KLIA
August 4, 2022· Isu semasa
Bersatu umum Ketua Sayap Bersekutu baharu ganti MP Segamat
August 3, 2022· Politik
Kerajaan mula bincang dengan Indonesia berhubung isu beku pekerja asing
July 18, 2022· Isu semasa
Dokumen perjanjian dengan Ismail Sabri tular dalam media sosial
July 12, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
1 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
7 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
8 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok